Famili : Rutaceae
http://adrydaud.blogspot.my/2011/06/limau-nipis.html (perolehan info)
Pengenalan
Pokok
limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang berasal dari asia
tenggara. Pokok ini dikategorikan sebagai pokok renek kerana ketinggian
hanya mencapai 5 meter. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan
keratan batang (kaedah tut). Bunganya dari jenis hemafrodite. Pokok
limau kasturi memerlukan pancaran matahari yang secukupnya untuk
menggalakkan pembungaan dan menghasilkan buah yang lebat. Pemangkasan
dahan atau ranting diperlukan bagi memastikan pokok mampu mengeluarkan
buah secara optimum. Buahnya bersaiz kecil dengan ukuran diameter
sekitar 8 hingga 9cm.
Kegunaan
Jus limau
kasturi (setengah biji) yang dicampur bersama madu asli (satu sudu
kecil) dan diminum dipercayai boleh mengurangkan asma. Untuk mengatasi
masalah bau badan, amalkan memakan kulit limau kasturi secara mentah.
Jusnya yang dicampur dengan madu juga boleh digunakan untuk merawat
sakit tekak akibat lendir atau kahak. Limau kasturi boleh mencantikan
rambut dan kulit muka. Guna perahan air limau kasturi dan lumurkan pada
muka, rambut atau kulit kepala. Sebelum menggunakan kaedah ini, pastikan
tiada sebarang luka pada tempat berkenaan. Limau kasturi juga dikatakan
dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau
kasturi dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan selama beberapa minit
dan dicuci.
No comments:
Post a Comment