DOSA-DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH SWT JIKA SEKADAR BERTAUBAT..
Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah SWT jika hanya sekadar bertabuat. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.
1. Makan harta anak yatim secara haram.
Untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar
kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim
tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah
boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak
memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.
2. Menuduh wanita solehah berzina.
Orang yang
menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut,
jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut
dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita
solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh
bertaubat kepada Allah SWT.
3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari
dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki
Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari
medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT
untuk memaafkan kesalahan tersebut .
4. Melakukan sihir.
Mereka belayar
sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT,
memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali
kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk
melaksanakan hukuman yang sewajarnya.
5. Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau
menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan
perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh
bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan
pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela
menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah
SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT.
6. Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka yang
membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT
untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk
membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW
semasa penubuhan Negara Islam Madinah.
No comments:
Post a Comment