Pulau Kapas
Serba ringkas maklumat yang dapat saya kongsikan bersama saya ambil dari pautan laman di atas.
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu.
Nama Pulau Kapas berasal daripada pokok kapas (tapi saya kurang pasti
sama ada di Pulau Kapas mempunyai banyak pokok kapas atau pun tidak).
Ini memandangkan sepanjang lawatan percutian saya ke sana, tidak pula
walau pun sepohon pokok kapas yang saya jumpa Mungkin di namakan
sebagai Pulau Kapas kerana ingin mengambarkan pantai Pulau Kapas yang
putih bersih Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang
terindah di dunia.
Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:
- "Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Keistimewaan:
- Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
- Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
- Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.
Antara kemudahan penginapan yang ada di Pulau Kapas adalah:
- Tanco Resorts Bhd
- Beautisland Resort Sdn Bhd
- Makcik Gemuk Beach Resort
- Nazri Place
Berikut adalah serba ringkas berkaitan dengan negeri Trengganu untuk kita kongsikan bersama.
Petikan : Sejarah Darul Iman
Oleh : Dato' Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (Misbaha)
http://terengganu-tourism-portal.blogspot.com/2010/06/sejarah-terengganu.html
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6aWyecHHZgJT4VlAqBj8HydsyWQuym2SyWeVCdVBxgD8OwQyqpZ1yrXZ3_uIq95SkWebLdrT9iJXt5zwynxhHEtStbaRrJ9dG0AvkaGIcQ0YnOTeueqWgzAMnZQ67eGd_8GAXFeynMrY/s640/trmap.jpg)
Menurut cerita yang dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu.Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taring anu…" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.
Selang
beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor
rusa dan dapat dibunuhnya. Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu
membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah
masing-masing "di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu "
di tempat taring anu".
Ada
pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya;
jawabnya di tepi sungai taring anu", lama kelamaan lekatlah dipanggil
nama"Terengganu".
Antara cerita-cerita
lain menyebabkan dinamakan "Terengganu" termasukklah cerita yang
menyatakan asalnya daripada "Terang-nya-ganu"dan "terangnya anu" dan ada
pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman
dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan"cahaya kilat yang memancar,
di kaki langit" kejadian itu berlaku pada suatu malam kononya ramai
orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan, kerana hendak
memerhatikan cahaya kilat yang amat terang benderang di angkasa langit
berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat
sebagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu
sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan
terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu "Terang
Ganu" kemudian manakala sudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu
"Negeri Terengganu" (terang hingga ke sana). Sama ada cerita ini benar
atau tidak, hanya sejarah yang dapat memberi kebenarannya.
Menurut
cerita yang dikemukakan oleh Dato' Kamal Wangsa Jafar bin Mampak
seperti berikut pula: "Ada satu taring yang besar tidak sampai gading
gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati
di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau
Duyong. Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu
pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan
taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan "Taring anu
Tuanku". Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang
berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai
"Taring Anu" hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya
sungai Taring Anu.
Satu
cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dari
Kelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu(Kuala
Terengganu). Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangat redup
dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya
terang di awan-awan langit dipanggil orang " Ular Mayang" orang Kelantan
kata "Pelangi".
Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa?
Jawab orang negeri ini: "Kami panggil ganu".
Kata mereka:"terang sungguh ganu di sini".
Apabila
mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita "Negeri jiran kita
bukan main terang ganu di sana serta diterangnya erti ganu itu. Suatu
kemungkinan mengenai nama Terengganu terbit dari nama sungai "Terengan
timbulnya pendapat ini, setelah penulis dan rombongan Persatuan Sejarah
Cawangan Terengganu, membuat lawatan ke kawasan itu pada 5 hingga 11hb.
Julai 1975 serta memerhati keadaan di sekelilingnya dan letak pecahan
sungai itu.
Muara
sungai Terengan berpecah dua, sebelah kanan mudik menghala ke sungai
Kerabat dan di sebelah kirinya Kuala Terengan dan sungai Terengganu.
Terengan pada masa dahulu telah menjadi sebuah kampong di Ulu
Terengganu, jaraknya dari Kuala Terengganu Mati lebih kurang 24 km atau
40 km dari Kuala Berang mengikut sungai. Oleh kerana keadaan pecahan
anak sungai sedemikian kemungkinan pada zaman dahulu orang ada bertanya
dengan soalan ini: hendak ke mana? Ke Terengan…nu (sana) atau ke
Terengan…ni (ini) bererti ke sungai Terengan atau ke sungai Kerbat.
Ataupun
terbit dari sebutan panggilan atau pertanyaan dari penduduk-penduduk
asli yang datang atau mengembara dari sebelah jalan Ulu Pahang atau Ulu
kelantan yang sampai ke pecahan Ulu Sungai Terengan itu, lalu mereka pun
bertanya : Ke mana hendak pergi atau hendak tuju? Ke Terengan ni atau
ke Terengan….nu.
Peta
Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (seorang ahli Kaji
Bintang dan Ilmu Alam Greek yang terkenal, hidup dalam kurun kedua
sebelum Masehi, lahir di negeri Mesir. P) yang dipercayai diperbuat di
Iskandariah ada menunjukkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur yang
dinamakan "Perimula" dan "Kole" Maka pelabuhan "Perimula itu dipercayai
ialah "Kuala Sungai Terengganu" dan pelabuhan "Kole" ialah "Kemaman".
Ada juga ahli sejarah yang berpendapat, pada zaman dahulu, Negeri
Terengganu ini dikenali dengan nama "Tanah Merah".
Menurut
cacatan sejarah, ada pelawat-pelawat Cina pada masa dahulu memberi nama
Terengganu dengan "TING CHIA HSIA LU"(Teng Ka Ha Lo di dalam bahasa
Hokkein) dan TING KA HA LOU"dalam bahasa Kantonis. Dalam peta Wu Pei
Chih, yang diperbuat di antara tahun 1511M, dan 1601M, berdasarkan
kepada kenyataan yang diambil daripada pelayaran Cheng Ho ke Tanah
Melayu di kurun Masehi yang kelima belas ada menunjukkan Pulau Tinggol
(di hadapan Dungun) dan beberapa buah pulau di negeri Terengganu dan
Kelantan.Di dalam peta yang diperbuat oleh Linschoten tahun 1623M,
Negeri Terengganu disebut "Perengenaok". Peta ini ada menunjukkan nama
capas (Pulau Kapas), Pulau Redang dan beberapa pulau yang bernama
Fancian yang letaknya di tempat Pulau Perhentian sekarang. Meskipun
Linschoten ada menunjukkan Calntao (Kelantan) dan Patani (Petani),
Padram (Batu Pahat) Muar, tetapi tidak ada dimasukkannya Pahang atau
Johor.
Di
dalam syair jawa yang bernama"Negarakertagama" yang dikarang dalam
tahun 1365 oleh Prapancha seorang sami ugama Buddha di Majapahit ada
menyebutkan nama beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang
tertakluk kepada Majapahit, di antaranya ialah Terengganu, Dungun dan
Paka (kedua-dua yang akhir ini ialah daerah dalam Terengganu).
Pengarang
sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun
1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan
(kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di
bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang.
Pelliott
seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut
beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu
nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri
Terengganu. Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil
asalnya dari perkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah
Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di
Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di
sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.
Batu
bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun
1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan
di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya
"Terkanu". Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis
TERIANGGANO. Bilakah Terengganu digelar"Darul-Iman" tidaklah dapat
penyusun menentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan
Umar(Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".
Fakta penting berkaitan negeri Trengganu:
Negeri
Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur
102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian
utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian
selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Petrolium
menguatkan lagi ekonomi negeri. Keluasan negeri Terengganu sekarang
adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran
pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan
(Kemaman).
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu.
Keluasan daerah tersebut :-
1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,559.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar
Majoriti penduduknya adalah Melayu.
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu.
Keluasan daerah tersebut :-
1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,559.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar
Majoriti penduduknya adalah Melayu.
No comments:
Post a Comment