Monday, January 5, 2015

Khoasan-Silom, Bangkok, Thailand

Hari pertama -20hb. 6.2013 (Khamis):

Bangkok aku datang. Cam best je tengah banyak koje kat opis, saya dan suami serta 2 orang lagi sahabat boleh gi Bangkok, Thailand pula. Naik flight AirAsia di Penang Airport jam 5.00pm (lebih kurang). Setelah ,mengalami 4 kali kecut perut (kapal terbamg bergegar, langgar awan) akhirmya kami sampai 2 jam kemudian. Ambil cab di Airport, Bangkok(tak suggest chargenya mahal. 2 kali ganda dari rega cab yang duk bersadai banyak di luar airport). Destinasi kami seterusnya adalah Khoasan, Thailand. Kenalah charge teksi tu rm80.00 bahagi dengan 4 orang.
Sampai je di Khoasan, kami terus meredah dati satu tempat ke satu tempat (sebenarnya 2 tempat je....saja nak bagi nampak adventure) harga bilik tumpangan. Akhirnya kami menginap di Star Dome. Oklah harga bilik suite yang saya ambil cuma RM68.00 semalam. Kat Malaysia tak dapat harga nie, ingat tu. Bilik berkeluasan sederhana, tapi ralat sebab lampunya malap. Lepas mandi kami terus merayap cari makan, cari pasal dan cari travel untuk ke Floating market keesokkan harinya. Makanannya (pergh! Susah tul nak cari makanan halal kat sini) mahal sebab tak banyak saingan untuk makanan halal. Akhirnya kami makan di Kedai Sarah Restaurant, terletak di lorong kecil, bersebelahan dengan restaurant Israel. Disebabkan, cam nak patah lutut berjalan makanan yang bagi saya biasa-biasa je rasanya dimakan cam sedap sangat.

Pemandangan Bangkok, Thailand dari ruang udara
 
Selepas makan, kami berjalan meninjau kehidupan dan suasana malam di Khoasan. Banyak jualan dari baju ke perhiasan yang ada tapi satu mendapun saya tak sempat sambar sebab 3 hulubalang berjalan sangat laju. Saya pula yang terpaksa ikut dia orang. Bila jumpa kedai yang dia orang berkenan je baru dia orang berhenti. Hati memberontak, tapi tak berapa ralat sebab banyak lagi tempat murah kat sini.
Sebelum balik hotel belanja saya hari nie cuma:
Hotel = 680.00 Bath (bersamaanRM68.00)
Jumlah   = 726 bath bersamaan dengan RM72.60 (termasuk perbelanjaan peribadi)
Hari kedua - 21hb.6.2013 (Jumaat):
Tak boleh nak tidur malam sebab asyik terjaga (takut kena tinggal). Pagi kul 7.00 kami dah berkumpul di lobi tunggu van bawa ke Floating market. Sepanjang 2 jam perjalanan, saya bantai tidur sebab pemandangan sepanjang perjalanan tak menarik dan dalam van penuh dengan mat salleh. Perseption saya mat salleh nie sangat peramah so kalau tak berapa rajin nak nyembang baik dari awal jangan mulakan perbualan.

Yuhaa! Dah macam budak kecil bila nampak selonggok coklat. Nak tergelaknya, suami turun je van terus nak naik bot. Nasib baik ditegur, kalau tak terpaksalah suami terus jadi penduduk pribumi kat sini. Kami dibawa menyusuri sungai melihat kehidupan harian penduduk setempat. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan sungai dipenuhi dengan susunan rumah. Time shopping.... akhirnya bot berhenti di Floating market. Kami pergi makan dulu, kemudian baru berjalan. Part paling best ialah ngambil gambar. Shopping tak sangat sebab dari risikan saya di gerai makan tadi (choih! Cam detektif lah pulak) ada lagi tempat shopping yang lagi best.  Batu Enam nama tempat tu dan dibuka 24 jam di kawasan Silom.

Last minute saya minta berpecah dari hulubalang, huh!kalau dengan dia orang mana sempat nak belek barang. Perempuan nie kan suka membelek barangan kat kedai. Di sini saya membeli t-shirt utk kenang-kenangan, frame gambar.
So di floating boat saya belanja:
Rabak 950.00 bath. Untuk souvenier
Makan = Tak hinggat sorry
Jumlah = 950 bath bersamaan RM95.00
Balik dari Floating market, jejak mencari makanan halal bermula. Makan tengahari berdekatan masjid di Khoasan. Gerai di lorong menuju ke masjid sangat sempit, kelam dan tidak begitu bersih sebenarnya. Tapi tiada pilihan. Saya cuma membeli 4 keping samosa untuk makan tengahari. Sebabnya risau perut tak memerut lagi dari pagi, tandas pula agak susah untuk dicari di sini. Eh! Sebelum tu gi solat dulu. Masa tengah makan ada mamat offer nak bawakan kami berjalan sebab dia ada tut-tut dan van. Bila cuba nak discuss harga dia terus blah. Hem! Nie akal nak kerat leherlah nie.
Seterusnya kami mengambil teksi untuk ke Silom. Lepas check in, kami keluar mencari barangan yang dipesan oleh member.

Lepas letak beg dan mandi ala kadar, kami terus keluar. Nasib baik ada geng yang dah pernah datang sini so tak adalah nampak cam rusa masuk kampung sangat. Tujuan hari nie adah misi mencari pisau ukir buah yang dipesan oleh sahabat suami. Mula-mula kami naiki train (cam LRT kat tempat kita), kemudian berhenti di suatu station. Menapak cam nak putus urat kaki then baru dapat cab.  Mencari tempat dituju menggunakan cab memang amat adventerous. Sebabnya duk suspen je nak kena bayar berapa nanti. So nasihat saya gunalah cab yang bermeter. Cab di sini bermula dengan 350 bath.Dalam pencarian tersebut di tepi jalan kami dapat tengok 2 orang perempuan bergaduh. Bapak ganas, siap seret pakai tarik rambut je, kemudian gedebah! gedebuk! Kena tendang bertalu-talu.

Driver teksi tak berhenti berleter sebab tak dapat cari tempat yang ingin kami tuju. Akhirnya kami minta dia hantar kami balik ke station bts tempat kami sampai tadi. Perancangan seterusnya adalah mencari tempat makanan halal dan ke Batunam. Kami makan malam di restaurant kak Jah. Dan kemudian menapak ke Batunam dengan meNAIKI KAKI!

Walah!!! penat giler, Nampak dari jauh cam happening sesangat.  Tetiba bila sampai kat Batunam, shopping complex tu dah tutup sebenarnya.  Hu! Hu! Hik! nak menangis ke nak ketawa?? Kaki sampai nak tercabut berlari dan berjalan mengejar masa, tetiba tempat yang dituju dah tutuplah pulak.  Yang tambah sakit ati sebab mengikut kefahaman kami dari apa yang diceritakan oleh penduduk setempat, kononnya tempat nie buka 24 jam sehari dan setiap 6 jam akan ada pertukaran shift untuk peniaga.  Diluar memang sepanjang jalan ada orang berniaga, kemudiannya barulah kami sedar mungkin apa yang dimaksudkan dengan 24 jam dibuka tu adalah gerai diluar shopping complex nie.  Nielah kalau ayam cakap dekat katak...... masing2 tak faham dan kemudian buat-buat faham.  Ngeng ngong tul.

Dalam perjalanan balik kami terlihat seorang lelaki terbujur di tepi kaki lima, dan melalui apa yang dicakapkan oleh orang yang duk ada kat situ, lelaki tersebut telah dipukul curi di kepalanya oleh 2 orang dengan menggunakan kayu.  Bagus betul perkhidmatan ambulan di sini, tak sampai 5 minit ambulan dah sampai.  Saya difahamkan disini juga ada pasukan sukarelawan penyelamat untuk mengangkut mayat yang terbujur di jalan.  Tujuan utama agar mangsa diurusan dengan tertib dan beradab.  Katanyalah.....
Perbelanjaan saya untuk hari kedua:
 Floating market = 950 bath (RM95.00)
BTS                   = 100 bath (RM10.00)
Makan                = 200 bath (RM20.00)
Jumlah                = 1,410 bath (RM141.00)-termasuk perbelanjaan peribadi
BTS adalah singkatan bagi pengangkutan utama di Bangkok iaitu Bangkok Train Station.  Tapi kelakarnya dia orang tak panggilo train atau komuter dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Train tu dipanggil boat.  Kuih Samosa yang saya beli di Khoasan memang sedap biarpun sedikit manis (banyak manisnya sebenarnya....).  Setiap barangan yang dibeli pastikan anda menawarkan harganya hingga separuh harga dan gunakan calculator untuk memudahkan urusan tawar menawar.  Jika tawaran yang dibuat disambut dengan bebelan, cepat-cepatlah cabut dari situ.  Ha! ha! saya selalu kena part nie..... 
Di kiri-kanan jalan atau lorong kedai untuk ke hotel kami, berbagai tawaran sedia menanti.  Kalah tawaran untuk jualan hari raya.  Berani betul mamat-mamat kat situ offer kat suami saya dengan keadaan saya yang duk sebelah dan menjeling je suami.  Suami pula tergelak-gelak, mungkin seronok dapat tengok muka cemburut saya.  Sampai hotel dekat pukul 11.00 malam, huarg! penatnya... tapi suami yang tidur dulu, siap dengkur lagi.  Sementara saya tak boleh tidur, jenuhlah terkelip-kelip mata.  Entah pukul berapa saya tidurpun saya tak sedar.
Hari ketiga (24.6.2013-Sabtu)

Hari yang ditunggu dah tiba.  Hari nie sebab dah terbiasa di Malaysia bangun awal. pukul 6.00 pagi (5.00 pagi waktu Thailand) mata dah terbuntang.  Kami keluar dari hotel dalam jam 10.00 pagi.  Naik BTS di Silom, atau di station Sala Daeng.  Di Silom tukar train untuk ke Thanon Pan, dengan tujuan mencari kedai makanan halal di situ.  Sampai di Thanon Pan, berjalan dalam 10 minit kemudian naik cab untuk ke restaurant Cili Padi.  Minta cab berhenti di tepi lorong sahaja, berdepan dengan sebuah kuil di kawasan berkenaan.  Kemudian kami meredah mencari restaurant, kawasan yang kami lalui adalah kawasan masyarakat India, kerana terdapat banyak makanan India yang terjual di sini.  Kuih India yang saya suka pun ada kat sini tapi tak berani nak beli sebab takut dengan status halalnya.
Yeah! akhirnya kami jumpa juga.  Nama restaurant nie agak terlindung dengan rimbunan pokok.  Makanannya sedap dan servicenya cepat.  Paling best ada WiFi, kami apa lagi masing-masing cepat-cepat buka gadget memasing.  Selepas makan kami ke BTS untuk ke tempat First Hotel.  Pun menapak jauh juga mencarinya.  Sampai Di hotel berkenaan turn group kami present paper ada lagi 20 mint.  Kami mendaftar dan masuk ke bilik conference berpandukan nama yang tertampal di pintu bilik.  Lastly, kami dapat tahu kami sebenarnya salah bilik.  Tapi moderator kat situ kata present ajelah kat manapun, kerana kebetulan time tu orang yang sepatutnya present di bilik tersebut tak sampai lagi.  Fuh! nasib baik sebab orang tak ramai kat bilik conference nie.  Lepas present, ada pulak mamat nie Tanya banyak soalan, nasib baik ada peserta dari Malaysia dan moderator sekat soalan dia.  Chaw....

Time keluar bilik conference Nampak ada green tea cake dan puff, ops! kena bedal dulu (sekurang-kurangnya tak adalah perut kosong atau lapar karang).  Seterusnya kami ke MBK (Mah Boon Khrong Centre atau MBK platinum shopping complex.  Dari apa yang dibaca di blog-blog, tempat nie katanya murah dan harga patut.  Tapi tak banyakpun barang yang kami beli sebab kat sini banyak barang berupa cenderamata, baju dan barangan IT.  Tak beli sangat sebab esok nak ke Chatuchak market.  Tapi saya ada juga nyambar baju anak, dan suami beli t-shirt.  Kemudian kami menjengah ke Siam Platinum (Shopping complex standard KLCC katanya).   Tak beli sebab tahu barang mesti mahal.  Masa jalan tu kami lihat ada pameran makanan berasaskan coklat disitu.  Apalagi sesi bergambarlah jawabnya.
Dari MBK kami naik BTS ke Sala Daeng untuk mencari makanan halal.  Kami jumpa sebuah masjid berdekatan dengan restaurant kak Jah semalam.  Uniknya pintu atau pagar nak masuk ke lorong tersebut dibuat rendah so sesapa yang nak masuk kena tundukkan kepala.  Bersih dan selesa masjid nie.  Berdepan dengan masjid ada penempatan Islam dan banyak makanan dan kedai makan melayu.  Kami makan di Kedai Hayati restaurant sebab Nampak ramai orang kat situ.  Makanannya sedap, service sangat cepat.  Dan paling best harga mampu bayar. 
Perbelanjaan saya untuk hari ini:
BTS             = 100 bath (RM10.00)
Makan         =  200 bath (RM20.00)
Jumlah          =1800 bath (RM180.00) -termasuk perbelanjaan perbagai

Hari Keempat (25.6.2013-Ahad)

Hari nie cam biasa bangun awal.  Keluar hotel jam 9.00 pagi waktu tempatan.  Saya tak dapat memakai selipar yang dibeli semalam sebab tak selesa.  Kami naik BTS ke restaurant Hayati, kenudian naik lagi BTS untuk ke Chatuchak market.  Time sampai banyak gerai baru nak buka dan orang tak berapa ramai lagi.  Pasar nie cam pasar minggu kat Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.  Jual bermacam barangan yang boleh melelahkan poket anda.  Tapi besar lagi kut. 
Memang sangat murah tapi kena pandai membeli dan menawar untuk mendapatkan barangan yang berkualiti.  Saya sampai sakit kaki berjalan, sebab kasut masuk air hujan.  So kenalah beli selipar kat sini (alasan sangat).  Kami habiskan sesi bershopping disini dalam kul 4.00 petang.  Kekawan gelakkan saya sebab bawa barang berplastik-plastik.  Mana ada saya shopping sesangat sebenarnya, cuma barangan tu besar, tu yang Nampak cam banyak. Time balik agak merimaskan sebab orang terlalu ramai.
Kami ke BTS dan menuju ke restaurant Hayati.  Makan malam tak hingat dunia, balik ke Walk In Hotel (tak surelah nama hotel nie betul ke tak....).  Balik hotel mandi dalam pukul 8.00 malam keluar lagi.  Tapi kali nie 2 member lagi dah lesap awal.  Kami ke night market yang berhampiran aje.  Ingatkan tak happening tapi sama hebat cam Chatuchak market pagi tadi.  Larat tak larat jalan aje.  Malam dipanaskan dengan show jalanan di kiri-kanan lorong.  Tetiba hati saya rasa sedih dan jatuh kesian, bila tengok perempuan kat sini.  Macam manalah dia orang boleh buat muka happy dengan pekerjaan mereka tu.  Muka cantik, body solid tapi disini aje tempat mereka.  Alhamdulilah, biarpun saya biasa-biasa sahaja Allah tempatkan saya dikedudukan yang selesa.  Malam membeli untuk kali yang penghabisan.
Belanja saya hari ni:
Jumlah            = 4,233 bath (RM423.30)
Hari kelima (24.6.2013-Isnin)
Keluar hotel jam 11 pagi waktu tempatan ke BTS menuju ke Hayati restaurant.  Makan besar sebab last days.  Dari sana cari cab untuk ke airport lama Bangkok.  Huh! berat giler rasa bawa beg nie...... nasib baik tak shopping sesangat.  Sampai Airport, kami cuma mencuci mata.
Belanja saya untuk hari nie:
Makan   = 450 bath (RM45.00)

Naik flight 1.55 pm waktu Malaysia dengan Air Asia.  Sampai 4.20 pm di terminal airport Penang.  Sampai je dah ada kereta jabatan menanti.  Sampai rumah baru rasa sakit kaki pelbagai.  Mama dan papa yang mengasuh anak saya, balik petang tu juga sebab esok mama kena pergi hospital.  Anak tak berhenti bercerita, bila saya buka barang-barang semua, sebenarnya untuk diri sendiri saya beli sikit sahaja, untuk anak juga yang banyak. 
Perbelanjaan saya keseluruhan:
Flight     =  RM500 lebih suami bayarkan
So belanja saya untuk 5 hari 4 malam di Bangkok, Thailand adalah RM880.00 bersamaan 8,800 bath.
Yahoo! lega dapat balik rumah.  Esok kerja so kena tidur awal.

No comments:

Post a Comment