Monday, January 5, 2015

Pekan Rabu, KEdah


Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka.


Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!".

Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, bahulu, cucur bederam (dimasak atau disediakan di premis yang menjualnya) memang terbaik. Kalau musim dekat raya,meriahnya Pekan Rabu ini, sangat mengujakan. Tapi satu nasihat dari saya, jangan bawa anak-anak kecil masa tersebut. Nanti akan menghilangkan mood nak bershopping atau mood nak memborong anda. Ikan pekasam yang terdapat di sini sememangnya adalah hasil tangan yang diperturunkan dari nenek-moyang peniaga. Dari satu generasi ke satu generasi rasa ikan pekasam ini tidak akan berubah. Begitu juga dengan baju Melayu, selalunya saya akan borong berpasang-pasang untuk suami, bapa, bapa mertua dan anak. Walaupun bukan saya yang memakainya, saya sukakan jahitannya yang kemas dan halus. Kualiti kainnya pun tak boleh dipertikaikan.



Kalau ke Pekan Rabu, duit saya akan mengalir laju, kerana barangan di sini selalunya akan saya borong dalam kuantiti yang banyak unutk dijadikan sebagai buah-tangan pada sahabat taulan. Rasa yang enak perlu dikongsi bersama, rezeki yang ada patut juga dikongsi. rasanya tak lama lagi saya akan dinobatkan sebagai ikon Pekan Rabu (jangan dinobatkan sebagai Maskot Pekan Rabu sudahlah....). Setiap tahun, bila menjelangnya ramadan dan hampir tibanya raya, memang hati saya dipanggil-panggil unutk ke sana. Rasanya macam tak lengkap puasa dan raya jika tak singgah ke sana. Moga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, saya dapat lagi ke Pekan Rabu. Anda pembaca, tunggu apa lagi, jomlah serbu Pekan Rabu.

Khoasan-Silom, Bangkok, Thailand

Hari pertama -20hb. 6.2013 (Khamis):

Bangkok aku datang. Cam best je tengah banyak koje kat opis, saya dan suami serta 2 orang lagi sahabat boleh gi Bangkok, Thailand pula. Naik flight AirAsia di Penang Airport jam 5.00pm (lebih kurang). Setelah ,mengalami 4 kali kecut perut (kapal terbamg bergegar, langgar awan) akhirmya kami sampai 2 jam kemudian. Ambil cab di Airport, Bangkok(tak suggest chargenya mahal. 2 kali ganda dari rega cab yang duk bersadai banyak di luar airport). Destinasi kami seterusnya adalah Khoasan, Thailand. Kenalah charge teksi tu rm80.00 bahagi dengan 4 orang.
Sampai je di Khoasan, kami terus meredah dati satu tempat ke satu tempat (sebenarnya 2 tempat je....saja nak bagi nampak adventure) harga bilik tumpangan. Akhirnya kami menginap di Star Dome. Oklah harga bilik suite yang saya ambil cuma RM68.00 semalam. Kat Malaysia tak dapat harga nie, ingat tu. Bilik berkeluasan sederhana, tapi ralat sebab lampunya malap. Lepas mandi kami terus merayap cari makan, cari pasal dan cari travel untuk ke Floating market keesokkan harinya. Makanannya (pergh! Susah tul nak cari makanan halal kat sini) mahal sebab tak banyak saingan untuk makanan halal. Akhirnya kami makan di Kedai Sarah Restaurant, terletak di lorong kecil, bersebelahan dengan restaurant Israel. Disebabkan, cam nak patah lutut berjalan makanan yang bagi saya biasa-biasa je rasanya dimakan cam sedap sangat.

Pemandangan Bangkok, Thailand dari ruang udara
 
Selepas makan, kami berjalan meninjau kehidupan dan suasana malam di Khoasan. Banyak jualan dari baju ke perhiasan yang ada tapi satu mendapun saya tak sempat sambar sebab 3 hulubalang berjalan sangat laju. Saya pula yang terpaksa ikut dia orang. Bila jumpa kedai yang dia orang berkenan je baru dia orang berhenti. Hati memberontak, tapi tak berapa ralat sebab banyak lagi tempat murah kat sini.
Sebelum balik hotel belanja saya hari nie cuma:
Hotel = 680.00 Bath (bersamaanRM68.00)
Jumlah   = 726 bath bersamaan dengan RM72.60 (termasuk perbelanjaan peribadi)
Hari kedua - 21hb.6.2013 (Jumaat):
Tak boleh nak tidur malam sebab asyik terjaga (takut kena tinggal). Pagi kul 7.00 kami dah berkumpul di lobi tunggu van bawa ke Floating market. Sepanjang 2 jam perjalanan, saya bantai tidur sebab pemandangan sepanjang perjalanan tak menarik dan dalam van penuh dengan mat salleh. Perseption saya mat salleh nie sangat peramah so kalau tak berapa rajin nak nyembang baik dari awal jangan mulakan perbualan.

Yuhaa! Dah macam budak kecil bila nampak selonggok coklat. Nak tergelaknya, suami turun je van terus nak naik bot. Nasib baik ditegur, kalau tak terpaksalah suami terus jadi penduduk pribumi kat sini. Kami dibawa menyusuri sungai melihat kehidupan harian penduduk setempat. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan sungai dipenuhi dengan susunan rumah. Time shopping.... akhirnya bot berhenti di Floating market. Kami pergi makan dulu, kemudian baru berjalan. Part paling best ialah ngambil gambar. Shopping tak sangat sebab dari risikan saya di gerai makan tadi (choih! Cam detektif lah pulak) ada lagi tempat shopping yang lagi best.  Batu Enam nama tempat tu dan dibuka 24 jam di kawasan Silom.

Last minute saya minta berpecah dari hulubalang, huh!kalau dengan dia orang mana sempat nak belek barang. Perempuan nie kan suka membelek barangan kat kedai. Di sini saya membeli t-shirt utk kenang-kenangan, frame gambar.
So di floating boat saya belanja:
Rabak 950.00 bath. Untuk souvenier
Makan = Tak hinggat sorry
Jumlah = 950 bath bersamaan RM95.00
Balik dari Floating market, jejak mencari makanan halal bermula. Makan tengahari berdekatan masjid di Khoasan. Gerai di lorong menuju ke masjid sangat sempit, kelam dan tidak begitu bersih sebenarnya. Tapi tiada pilihan. Saya cuma membeli 4 keping samosa untuk makan tengahari. Sebabnya risau perut tak memerut lagi dari pagi, tandas pula agak susah untuk dicari di sini. Eh! Sebelum tu gi solat dulu. Masa tengah makan ada mamat offer nak bawakan kami berjalan sebab dia ada tut-tut dan van. Bila cuba nak discuss harga dia terus blah. Hem! Nie akal nak kerat leherlah nie.
Seterusnya kami mengambil teksi untuk ke Silom. Lepas check in, kami keluar mencari barangan yang dipesan oleh member.

Lepas letak beg dan mandi ala kadar, kami terus keluar. Nasib baik ada geng yang dah pernah datang sini so tak adalah nampak cam rusa masuk kampung sangat. Tujuan hari nie adah misi mencari pisau ukir buah yang dipesan oleh sahabat suami. Mula-mula kami naiki train (cam LRT kat tempat kita), kemudian berhenti di suatu station. Menapak cam nak putus urat kaki then baru dapat cab.  Mencari tempat dituju menggunakan cab memang amat adventerous. Sebabnya duk suspen je nak kena bayar berapa nanti. So nasihat saya gunalah cab yang bermeter. Cab di sini bermula dengan 350 bath.Dalam pencarian tersebut di tepi jalan kami dapat tengok 2 orang perempuan bergaduh. Bapak ganas, siap seret pakai tarik rambut je, kemudian gedebah! gedebuk! Kena tendang bertalu-talu.

Driver teksi tak berhenti berleter sebab tak dapat cari tempat yang ingin kami tuju. Akhirnya kami minta dia hantar kami balik ke station bts tempat kami sampai tadi. Perancangan seterusnya adalah mencari tempat makanan halal dan ke Batunam. Kami makan malam di restaurant kak Jah. Dan kemudian menapak ke Batunam dengan meNAIKI KAKI!

Walah!!! penat giler, Nampak dari jauh cam happening sesangat.  Tetiba bila sampai kat Batunam, shopping complex tu dah tutup sebenarnya.  Hu! Hu! Hik! nak menangis ke nak ketawa?? Kaki sampai nak tercabut berlari dan berjalan mengejar masa, tetiba tempat yang dituju dah tutuplah pulak.  Yang tambah sakit ati sebab mengikut kefahaman kami dari apa yang diceritakan oleh penduduk setempat, kononnya tempat nie buka 24 jam sehari dan setiap 6 jam akan ada pertukaran shift untuk peniaga.  Diluar memang sepanjang jalan ada orang berniaga, kemudiannya barulah kami sedar mungkin apa yang dimaksudkan dengan 24 jam dibuka tu adalah gerai diluar shopping complex nie.  Nielah kalau ayam cakap dekat katak...... masing2 tak faham dan kemudian buat-buat faham.  Ngeng ngong tul.

Dalam perjalanan balik kami terlihat seorang lelaki terbujur di tepi kaki lima, dan melalui apa yang dicakapkan oleh orang yang duk ada kat situ, lelaki tersebut telah dipukul curi di kepalanya oleh 2 orang dengan menggunakan kayu.  Bagus betul perkhidmatan ambulan di sini, tak sampai 5 minit ambulan dah sampai.  Saya difahamkan disini juga ada pasukan sukarelawan penyelamat untuk mengangkut mayat yang terbujur di jalan.  Tujuan utama agar mangsa diurusan dengan tertib dan beradab.  Katanyalah.....
Perbelanjaan saya untuk hari kedua:
 Floating market = 950 bath (RM95.00)
BTS                   = 100 bath (RM10.00)
Makan                = 200 bath (RM20.00)
Jumlah                = 1,410 bath (RM141.00)-termasuk perbelanjaan peribadi
BTS adalah singkatan bagi pengangkutan utama di Bangkok iaitu Bangkok Train Station.  Tapi kelakarnya dia orang tak panggilo train atau komuter dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Train tu dipanggil boat.  Kuih Samosa yang saya beli di Khoasan memang sedap biarpun sedikit manis (banyak manisnya sebenarnya....).  Setiap barangan yang dibeli pastikan anda menawarkan harganya hingga separuh harga dan gunakan calculator untuk memudahkan urusan tawar menawar.  Jika tawaran yang dibuat disambut dengan bebelan, cepat-cepatlah cabut dari situ.  Ha! ha! saya selalu kena part nie..... 
Di kiri-kanan jalan atau lorong kedai untuk ke hotel kami, berbagai tawaran sedia menanti.  Kalah tawaran untuk jualan hari raya.  Berani betul mamat-mamat kat situ offer kat suami saya dengan keadaan saya yang duk sebelah dan menjeling je suami.  Suami pula tergelak-gelak, mungkin seronok dapat tengok muka cemburut saya.  Sampai hotel dekat pukul 11.00 malam, huarg! penatnya... tapi suami yang tidur dulu, siap dengkur lagi.  Sementara saya tak boleh tidur, jenuhlah terkelip-kelip mata.  Entah pukul berapa saya tidurpun saya tak sedar.
Hari ketiga (24.6.2013-Sabtu)

Hari yang ditunggu dah tiba.  Hari nie sebab dah terbiasa di Malaysia bangun awal. pukul 6.00 pagi (5.00 pagi waktu Thailand) mata dah terbuntang.  Kami keluar dari hotel dalam jam 10.00 pagi.  Naik BTS di Silom, atau di station Sala Daeng.  Di Silom tukar train untuk ke Thanon Pan, dengan tujuan mencari kedai makanan halal di situ.  Sampai di Thanon Pan, berjalan dalam 10 minit kemudian naik cab untuk ke restaurant Cili Padi.  Minta cab berhenti di tepi lorong sahaja, berdepan dengan sebuah kuil di kawasan berkenaan.  Kemudian kami meredah mencari restaurant, kawasan yang kami lalui adalah kawasan masyarakat India, kerana terdapat banyak makanan India yang terjual di sini.  Kuih India yang saya suka pun ada kat sini tapi tak berani nak beli sebab takut dengan status halalnya.
Yeah! akhirnya kami jumpa juga.  Nama restaurant nie agak terlindung dengan rimbunan pokok.  Makanannya sedap dan servicenya cepat.  Paling best ada WiFi, kami apa lagi masing-masing cepat-cepat buka gadget memasing.  Selepas makan kami ke BTS untuk ke tempat First Hotel.  Pun menapak jauh juga mencarinya.  Sampai Di hotel berkenaan turn group kami present paper ada lagi 20 mint.  Kami mendaftar dan masuk ke bilik conference berpandukan nama yang tertampal di pintu bilik.  Lastly, kami dapat tahu kami sebenarnya salah bilik.  Tapi moderator kat situ kata present ajelah kat manapun, kerana kebetulan time tu orang yang sepatutnya present di bilik tersebut tak sampai lagi.  Fuh! nasib baik sebab orang tak ramai kat bilik conference nie.  Lepas present, ada pulak mamat nie Tanya banyak soalan, nasib baik ada peserta dari Malaysia dan moderator sekat soalan dia.  Chaw....

Time keluar bilik conference Nampak ada green tea cake dan puff, ops! kena bedal dulu (sekurang-kurangnya tak adalah perut kosong atau lapar karang).  Seterusnya kami ke MBK (Mah Boon Khrong Centre atau MBK platinum shopping complex.  Dari apa yang dibaca di blog-blog, tempat nie katanya murah dan harga patut.  Tapi tak banyakpun barang yang kami beli sebab kat sini banyak barang berupa cenderamata, baju dan barangan IT.  Tak beli sangat sebab esok nak ke Chatuchak market.  Tapi saya ada juga nyambar baju anak, dan suami beli t-shirt.  Kemudian kami menjengah ke Siam Platinum (Shopping complex standard KLCC katanya).   Tak beli sebab tahu barang mesti mahal.  Masa jalan tu kami lihat ada pameran makanan berasaskan coklat disitu.  Apalagi sesi bergambarlah jawabnya.
Dari MBK kami naik BTS ke Sala Daeng untuk mencari makanan halal.  Kami jumpa sebuah masjid berdekatan dengan restaurant kak Jah semalam.  Uniknya pintu atau pagar nak masuk ke lorong tersebut dibuat rendah so sesapa yang nak masuk kena tundukkan kepala.  Bersih dan selesa masjid nie.  Berdepan dengan masjid ada penempatan Islam dan banyak makanan dan kedai makan melayu.  Kami makan di Kedai Hayati restaurant sebab Nampak ramai orang kat situ.  Makanannya sedap, service sangat cepat.  Dan paling best harga mampu bayar. 
Perbelanjaan saya untuk hari ini:
BTS             = 100 bath (RM10.00)
Makan         =  200 bath (RM20.00)
Jumlah          =1800 bath (RM180.00) -termasuk perbelanjaan perbagai

Hari Keempat (25.6.2013-Ahad)

Hari nie cam biasa bangun awal.  Keluar hotel jam 9.00 pagi waktu tempatan.  Saya tak dapat memakai selipar yang dibeli semalam sebab tak selesa.  Kami naik BTS ke restaurant Hayati, kenudian naik lagi BTS untuk ke Chatuchak market.  Time sampai banyak gerai baru nak buka dan orang tak berapa ramai lagi.  Pasar nie cam pasar minggu kat Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.  Jual bermacam barangan yang boleh melelahkan poket anda.  Tapi besar lagi kut. 
Memang sangat murah tapi kena pandai membeli dan menawar untuk mendapatkan barangan yang berkualiti.  Saya sampai sakit kaki berjalan, sebab kasut masuk air hujan.  So kenalah beli selipar kat sini (alasan sangat).  Kami habiskan sesi bershopping disini dalam kul 4.00 petang.  Kekawan gelakkan saya sebab bawa barang berplastik-plastik.  Mana ada saya shopping sesangat sebenarnya, cuma barangan tu besar, tu yang Nampak cam banyak. Time balik agak merimaskan sebab orang terlalu ramai.
Kami ke BTS dan menuju ke restaurant Hayati.  Makan malam tak hingat dunia, balik ke Walk In Hotel (tak surelah nama hotel nie betul ke tak....).  Balik hotel mandi dalam pukul 8.00 malam keluar lagi.  Tapi kali nie 2 member lagi dah lesap awal.  Kami ke night market yang berhampiran aje.  Ingatkan tak happening tapi sama hebat cam Chatuchak market pagi tadi.  Larat tak larat jalan aje.  Malam dipanaskan dengan show jalanan di kiri-kanan lorong.  Tetiba hati saya rasa sedih dan jatuh kesian, bila tengok perempuan kat sini.  Macam manalah dia orang boleh buat muka happy dengan pekerjaan mereka tu.  Muka cantik, body solid tapi disini aje tempat mereka.  Alhamdulilah, biarpun saya biasa-biasa sahaja Allah tempatkan saya dikedudukan yang selesa.  Malam membeli untuk kali yang penghabisan.
Belanja saya hari ni:
Jumlah            = 4,233 bath (RM423.30)
Hari kelima (24.6.2013-Isnin)
Keluar hotel jam 11 pagi waktu tempatan ke BTS menuju ke Hayati restaurant.  Makan besar sebab last days.  Dari sana cari cab untuk ke airport lama Bangkok.  Huh! berat giler rasa bawa beg nie...... nasib baik tak shopping sesangat.  Sampai Airport, kami cuma mencuci mata.
Belanja saya untuk hari nie:
Makan   = 450 bath (RM45.00)

Naik flight 1.55 pm waktu Malaysia dengan Air Asia.  Sampai 4.20 pm di terminal airport Penang.  Sampai je dah ada kereta jabatan menanti.  Sampai rumah baru rasa sakit kaki pelbagai.  Mama dan papa yang mengasuh anak saya, balik petang tu juga sebab esok mama kena pergi hospital.  Anak tak berhenti bercerita, bila saya buka barang-barang semua, sebenarnya untuk diri sendiri saya beli sikit sahaja, untuk anak juga yang banyak. 
Perbelanjaan saya keseluruhan:
Flight     =  RM500 lebih suami bayarkan
So belanja saya untuk 5 hari 4 malam di Bangkok, Thailand adalah RM880.00 bersamaan 8,800 bath.
Yahoo! lega dapat balik rumah.  Esok kerja so kena tidur awal.

Teluk Intan, Perak



Sejarah Penerokaan Teluk Intan.
Bahan fakta dan kajian saya kongsikan kepada semua dari link di atas. 
Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau.  Seterusnya, setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi. 
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.


Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895. 
Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara. 
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik. 
Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

Keunikan Menara Condong.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.  Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.  Apabila diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini.  Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.
Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air.  Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai dengan usianya  menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.
Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera.  Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19.  Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau.  Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan.  Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.  Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.  Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.
Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu.  Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
        Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.
Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Teluk Mak Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.[2][3]

Info Lain

  • Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. [4]

Muka bumi

Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.

Cara ke sana

Ada 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan.

Sejarah ringkas

  • Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
  • Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
  • 15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
  • Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
  • 1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
  • 1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.
Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timah dan getah serta kayu balak.
Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.
  • Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
  • 1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
  • 1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
  • 5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan Langkap, Chui Chak, Pelawan, Batu Dua Belas.
  • Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
  • 23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri.
  • Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.

Menara Jam Condong Teluk intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.[5], [6]

Pulau Kapas, Trengganu

Pulau Kapas

Serba ringkas maklumat yang dapat saya kongsikan bersama saya ambil dari pautan laman di atas. 
   
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Nama Pulau Kapas berasal daripada pokok kapas (tapi saya kurang pasti sama ada di Pulau Kapas mempunyai banyak pokok kapas atau pun tidak).  Ini memandangkan sepanjang lawatan percutian saya ke sana, tidak pula walau pun sepohon pokok kapas yang saya jumpa  Mungkin di namakan sebagai Pulau Kapas kerana ingin mengambarkan pantai Pulau Kapas yang putih bersih  Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Keistimewaan:
  • Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
  • Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
  • Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

Antara kemudahan penginapan yang ada di Pulau Kapas adalah:
  • Tanco Resorts Bhd
  • Beautisland Resort Sdn Bhd
  • Makcik Gemuk Beach Resort
  • Nazri Place

Berikut adalah serba ringkas berkaitan dengan negeri Trengganu untuk kita kongsikan bersama.
Petikan : Sejarah Darul Iman
Oleh : Dato' Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (Misbaha)
http://terengganu-tourism-portal.blogspot.com/2010/06/sejarah-terengganu.html



Menurut cerita yang  dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu.Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taring anu…" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.

Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya.  Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing "di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu " di tempat taring anu".

Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu", lama kelamaan lekatlah dipanggil nama"Terengganu".

Antara cerita-cerita lain menyebabkan dinamakan "Terengganu" termasukklah cerita yang menyatakan asalnya daripada "Terang-nya-ganu"dan "terangnya anu" dan ada pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan"cahaya kilat yang memancar, di kaki langit" kejadian itu berlaku pada suatu malam kononya ramai orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan, kerana hendak memerhatikan cahaya kilat yang amat terang benderang di angkasa langit berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat sebagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu "Terang Ganu" kemudian manakala sudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu "Negeri Terengganu" (terang hingga ke sana). Sama ada cerita ini benar atau tidak, hanya sejarah yang dapat memberi kebenarannya.

Menurut cerita yang dikemukakan oleh Dato' Kamal Wangsa Jafar bin Mampak seperti berikut pula: "Ada satu taring yang besar tidak sampai gading gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau Duyong.  Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan "Taring anu Tuanku".  Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai "Taring Anu" hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya sungai Taring Anu.

Satu cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dari Kelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu(Kuala Terengganu). Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangat redup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya terang di awan-awan langit dipanggil orang " Ular Mayang" orang Kelantan kata "Pelangi".

Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa?
Jawab orang negeri ini: "Kami panggil ganu".
Kata mereka:"terang sungguh ganu di sini".

Apabila mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita "Negeri jiran kita bukan main terang ganu di sana serta diterangnya erti ganu itu.  Suatu kemungkinan mengenai nama Terengganu terbit dari nama sungai "Terengan timbulnya pendapat ini, setelah penulis dan rombongan Persatuan Sejarah Cawangan Terengganu, membuat lawatan ke kawasan itu pada 5 hingga 11hb. Julai 1975 serta memerhati keadaan di sekelilingnya dan letak pecahan sungai itu.

Muara sungai Terengan berpecah dua, sebelah kanan mudik menghala ke sungai Kerabat dan di sebelah kirinya Kuala Terengan dan sungai Terengganu. Terengan pada masa dahulu telah menjadi sebuah kampong di Ulu Terengganu, jaraknya dari Kuala Terengganu Mati lebih kurang 24 km atau 40 km dari Kuala Berang mengikut sungai.  Oleh kerana keadaan pecahan anak sungai sedemikian kemungkinan pada zaman dahulu orang ada bertanya dengan soalan ini: hendak ke mana? Ke Terengan…nu (sana) atau ke Terengan…ni (ini) bererti ke sungai Terengan atau ke sungai Kerbat.

Ataupun terbit dari sebutan panggilan atau pertanyaan dari penduduk-penduduk asli yang datang atau mengembara dari sebelah jalan Ulu Pahang atau Ulu kelantan yang sampai ke pecahan Ulu Sungai Terengan itu, lalu mereka pun bertanya : Ke mana hendak pergi atau hendak tuju? Ke Terengan ni atau ke Terengan….nu.

Peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (seorang ahli Kaji Bintang dan Ilmu Alam Greek yang terkenal, hidup dalam kurun kedua sebelum Masehi, lahir di negeri Mesir. P) yang dipercayai diperbuat di Iskandariah ada menunjukkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur yang dinamakan "Perimula" dan "Kole" Maka pelabuhan "Perimula itu dipercayai ialah "Kuala Sungai Terengganu" dan pelabuhan "Kole" ialah "Kemaman".  Ada juga ahli sejarah yang berpendapat, pada zaman dahulu, Negeri Terengganu ini dikenali dengan nama "Tanah Merah".

Menurut cacatan sejarah, ada pelawat-pelawat Cina pada masa dahulu memberi nama Terengganu dengan "TING CHIA HSIA LU"(Teng Ka Ha Lo di dalam bahasa Hokkein) dan TING KA HA LOU"dalam bahasa Kantonis. Dalam peta Wu Pei Chih, yang diperbuat di antara tahun 1511M, dan 1601M, berdasarkan kepada kenyataan yang diambil daripada pelayaran Cheng Ho ke Tanah Melayu di kurun Masehi yang kelima belas ada menunjukkan Pulau Tinggol (di hadapan Dungun) dan beberapa buah pulau di negeri Terengganu dan Kelantan.Di dalam peta yang diperbuat oleh Linschoten tahun 1623M, Negeri Terengganu disebut "Perengenaok". Peta ini ada menunjukkan nama capas (Pulau Kapas), Pulau Redang dan beberapa pulau yang bernama Fancian yang letaknya di tempat Pulau Perhentian sekarang. Meskipun Linschoten ada menunjukkan Calntao (Kelantan) dan Patani (Petani), Padram (Batu Pahat) Muar, tetapi tidak ada dimasukkannya Pahang atau Johor.

Di dalam syair jawa yang bernama"Negarakertagama" yang dikarang dalam tahun 1365 oleh Prapancha seorang sami ugama Buddha di Majapahit ada menyebutkan nama beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang tertakluk kepada Majapahit, di antaranya ialah Terengganu, Dungun dan Paka (kedua-dua yang akhir ini ialah daerah dalam Terengganu).

Pengarang sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun 1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan (kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang.
Pelliott seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri Terengganu. Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dari perkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".  Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Bilakah Terengganu digelar"Darul-Iman" tidaklah dapat penyusun menentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar(Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".

Fakta penting berkaitan negeri Trengganu:
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.  Petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.  Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu.

Keluasan daerah tersebut :-

1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,559.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar


Majoriti penduduknya adalah Melayu.

Vietnam-6 hari punya citer



23hb.12.2014
Walau telah lama merancang percutian dan sepatutnya hari ini merupakan hari perjalanan ke rumah adik di Shah Alam, bila saat akhir menerima tugasan. Perancangan terpaksa diubah.  Bukan tak boleh nak menolak tapi kasihan nanti pada rakan setugas yang lain.  Nasib baik tugasan saat akhir ini tidak begitu membebankan.  Sekadar menyelia dan menjadi panel bagi presentation projek akhir pelajar.  Itu pun sekadar di sesi pagi.  Plan hari ini selesai tugasan kami akan terus memulakan perjalanan percutian yang dirancang.

Masuk saja kereta suami bersuara "kita terpaksa tunda perjalaban hari ni, ayah punya pasport dah tamat tempoh. Lagipun tayar kereta ini pancit pula hari ni".  What?? It is means that ayah baru check pasport?.  Itupun baru perasan semasa nak confirm booking flight.  Yi haaaaa.....


24hb.12.2014


Moga dipermudahkan perjalanan. Amin. Perjalanan yang dirancang semalam terpaksa ditunda hari ini disebabkan beberapa perkara penting yang tidak dapat diselesaikan semalam.  Bergerak dari rumah Pulau Pinang jam 8.00 pagi.  8.30 perlu ke pejabat mengambil pasport suami.  Pukul 2.00 petang perlu berada di airport KLIA untuk penerbangan ke Vietnam.

Berhenti mengisi minyak kereta. RM22.00 untuk beliaan sarapan hari ini.  Bersarapan dalam kereta sahaja kata suami. 8.30 pagi urusan pasport baru selesai. Tengok jam dah dekat pukul 9.00 pagi baru betul selesai semua urusan dan kereta suami menghala ke highway.  Sepanjang perjalanan tak berhenti berzikir dan membaca surah Al fatihah.  Moga perjalanan dipermudahkan. Amin......

Sepanjang perjalanan cuaca mendung, malah di Ipoh langit masih berkabus.  Biarpun ketika melintasi Ipoh jam dah pukul 10.00-11.00 pagi.  Sehingga ke Shah Alam dan sampai ke KLIA cuaca mendung masih tidak tersisa.  Pukul 12.00 sang suami membelok ke suatu kawasan perumahan untuk berjumpa sahabat.  Sibuk pula pak guard nak tahu no. rumah.  Terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah sahabat.  Tak apalah, dah kerja dia saya tak marahpun.



Perjalanan terus menghala ke Shah Alam.  Ah! Dah lama tak datang sini rupanya tak sangka jalan jem time nie.  Call adik, terpaksa ubah port untuk bertemu.  Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan adik tak ada. Rupanya sempat lagi dia gi mengeteh.  Aduh! adik sapa tah nie. Suami dah asyik memandang jam.  Pecutan terakhir ke destinasi. Gabra juga dibuatnya.  Ketika sampai untuk check in di kaunter. Beg yang dibawa tak dapat nak dimasukkan ke bahagian bagasi.  Kata petugas kaunter. Beg semua dah dimasukkan ke pesawat.  So nak tak nak kenalah mengheret beg.  Paling penting dah terlambat sebenarnya kay.... dah macam citer running man kami berlarian.  Sampai di bahagian pemeriksaan luggage.  Boleh 1 beg pula tercicir. Terpaksa saya dan anak perempuan berpatah balik untuk mengambil beg tersebut.  Sedang suami dan anak lelaki meneruskan perlarian mereka.  Sehinggakan kelibat mereka hilang dan saya pula terlupa nak tanya pintu mana nak nasuk ke flight nanti.  Nasib baik ketika bertanya pada petugas. Kami berada di pintu yang betul.  Berderai ketawa suami dan sempat pula berlawak "nak sangat running man kan........"

Fuh! rasa cam nak mencekik orang aje.  RM47.00 pack lunch di atas pesawat air asia. 2 set nasi ayam, 1 nasi lemak, 2 air tin fanta oren dan 1 botol ais lemon tea.  Redha ajelah perut lapar dan penat punya pasal.  Mungkin ada sebab kenapa harga makanan agak mahal di atas flight.  Hampir 2 jam perjalanan alhamdulilah akhirnya sampai juga kami ke Vietnam.

Ke hulu ke hilir.  Ke hulu ke hilir.  RM50.00 bersamaan dgn 60000VND untuk bayaran teksi dari airport ke hotel.  Sebelum terlupa RM1.00 kita bersamaan dgn. 6000VND. Bolehlah, kalau terkenapun redha sebab first time jejak tanah Saigon Vietnam nie.  Menginap di hotel yang 5 minit sahaja perjalanan ke tempat shopping.  Jap lagi saya masukkan nama hotel ni ya.  Bilik utk family. 6 hari RM1,000.00.  Mlm nie tak ada mood lagi nak menyopping beli buah saja 3 paket 50,000 VND bersamaan RM8.33. Makan srbab lapar punya pasal kena charge rm107 bersamaan 600,000 vnd.

 
25.12.2014
Bekfes di kedai Halal Amin RM46.00 bersamaan dgn 280VND. Portion makanan banyak sepinggan boleh mkn 2 orang.  Udang dan sotong yang segar. Sup sedapnya lain macam.  Memang sangat berbaloi. Harga makananpun tidaklah semahal semalam.

Selepas bersarapan sesi membeli belah. Cho Ben Thanh, sebijik macam pasar Philipine di Sabah. Beraneka barangan boleh diperolehi di sini.  270vnd untuk 2 set pinggan hiasan (3  biji untuk setiap set) bersamaan RM45.00 atau RM22.50 untuk setiap set.  Cantik....memang tak mampu nak pandang aje.  Kemudiannya dalam tak nak beli tu hati boleh terpikat pula dengan table runner.  Tawar menawar hingga ke kedai yang kedua baru dapat hatga yang dihajatkan RM12.00 sehelai.  Saya rembat 5 helai so kiralah sendiri jumlahnya dlm 370VND.

Sini kena cekalkan hati sebabnya kalau tak tahan memang boleh lebur duit dekat sini saja.  Dua pasang seluar anak rm40 bersamaan 250VND.  Harga di tempat kita untuk kualiti kain seluar yang sama adalah RM70.00 itupun selepas diskaun kay.  Terasa nyesal pula tak rembat lebih sebab nak mendapatkan saiz, kualiti dan harga murah untuk jenis kain camtu memang payah dah.  Jalan punya jalan nampak pula cover kotak tisu bersulam. Selepas sesi menawar dapatlah sehelai RM5.00. Saya beli sepuluh helai so 300VND kesemuanya.


Magnetic freeze dan penanda buku RM40.00. Tengaharinya kawan suami membawa kami untuk menjamu selera di Dnyonya.  Masakan melayu, memang sedap.  Cam lagi sedap dari yang ada kat tempat kita.  Kemudiannya kami dibawa berjalan melihat tempat menarik di sini. Pergh! Boleh tanggal kaki dibuatnya.  Tapi dah kata nak berjalankan.... ha apa lagi jalanlah.  Minum petang kami RM20.00 merasa keenakan kopi Vietnam yang dikatakan antara terbaik di sini. Balik berehat dan kemudian malam berjalan lagi.

Kalau berada di sini, satu peringatan jangan memudahkan diri anda untuk terpedaya.  Contohnya, membiarkan kasut anda digilap atau membiarkan bahu anda diurut.  Kerana nanti mereka yang dari awalnya tidak meletakkan sebarang harga untuk perkhidmatan tersebut.  Diakhirnya akan menyebut suatu harga untuk perkhidmatan yang mereka berikan.  Bila tak bagi muka tak puas hati akan dipamerkan.  Yang akhirnya akan membuatkan kita tak sampai hati dan mula memberi.


26.12.2014
Pukul 6 pagi dah bangun sebab hari ini kami akan ke sungai Mekong.  Bekfes di coffee house hotel je dgn rasa agak was-was.  Nak selamat makan ajelah roti bakar dan buah.  Ok bas untuk ke sg. Mekong dah sampai....jom layan pengalaman di sana pula.  Walawie.....tadi naik bas tour 7.30 pagi sampai 9.20 pagi inipun rupanya bas pusing tempat yang sama untuk mengambil pelancong dari hotel hotel yang lain.  Hu...hu.... selagi tak penuh bas nie gamaknya memusing-musing sajalah kita ya.  Sebelum terlupa, kebanyakkan kedai kain baju disini ada menawarkan mengambil tempahan menjahit baju yang boleh disiapkan dalam beberapa jam sahaja dan paling lewatpun sehari boleh siap dengan harga upah serendah RM35.00 sahaja.  Harga Malaysia juga, so tak adalah saya teruja sangat.  La...la...la jimat fulus.  Perjalanan dari Ben Thanh mengambil masa 2 jam.  Sepanjang perjalanan tour guide bercerita tentang Vietnam dan aktiviti yang akan kami lakukan hari ini.  Rasanya lebih baik kakau diberi salinan tentatif aktiviti sambil dia bercerita.  Apapun satu fakta yg saya ingat penduduk Vietnam ada 9 million dan 6 milliln motosikal digunapakai untuk urusan seharian mereka.

 
Lawatan pertama kami ke tempat penternakan madu.  Di sini kami diberi peluang merasa teh madu.  Seterusnya kami dibawa menaiki sampan dayung menyusuri sungai Mekong.  Sepanjang jalan ke tempat sampan di kiri kanan dipenuhi penjaja yang menjual hasil kraftangan.  Tak singgah tapi suami suruh cepat.  Katanya nanti akan singgah balik ke tempat yang pertama tadi.  I don't think so.  Destinasi seterusnya ke tempat pembuatan candy kelapa. Seterusnya kami ke tempat menjamu selera.  Diberi pilihan sama ada nak pilih pork atau tofu.  Kami menolak kedua duanya sekali.  Nasib baik sebelum keluar dari bilik penginapan saya masukkan beberapa paket biskut ke dalam beg.  So itu dijadikan pengalas perut kami.  Selepas ini akan ke tempat buahan pula.  Secara dasarnya bolehlah dikatakan semua tempat lawatan ini merupakan tempat Iks seperti ditempat kita.  Tak teruja sangatpun sebab kat Malaysia pun ada semua nie.


27.12.2014
Hari nie plan kami untuk ke tempat sejarah perang.  Entah apa kenama ntah, tempat di mana ada kesan tinggalan sejarah yang fofular.  Terowong bawah tanah, saya tak terasa nak masuk ke dalam terowong ini sebab badan semalam lesunya masih tak hilang.  Semalam disebabkan cik hubby masuk bilik je terus tertidur then hajat nak merayau memalam dihalang hulubalang.  Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk survey tempat nenarik di intetnet sambil merujuk 2 map di tangan.

Ok dah tahu tempat untuk ngabiskan fulus.  Orang kata datang sini bawa 1k tak cukup tapi saya sampai hari keempat ini masih tak luak fulus.  Mengalir laju fulus dekat makanan je.  Tak teruja sangat kain baju.  Sebab tu bila mulut mula menawar memang saya letak harga yang relevan.  Bagi tak bagi saya tak kisah.  Tapi selalunya harga yang diminta tu dapatlah pula.  Nak cari beg. Kasut dan gadget.  Tapi kata member jangan beli gadget kat sini. Takut terbeli yang tak ori.  Hem.... jasad di sini jiwa dibumi kelahiran. Apakah nasib org di sana tak habis di uji.  Hati dup dap dup dap.... risau tak bertempat.  Takut suasana di tunnel war tak sesuai dengan saya yang tak sesuai dengan aktiviti lasak ini.  Tapi alhamdulilah. Rugi sangat sebenarnya kalau tak melawat tempat sebegini.  2 jam dibawa meredah ke tempat bekas perang ini.  Tiada satu tempatpun yang boleh membuatkan kita terasa bosan.  Sekarang berada dalan bas untuk balik ke hotel.  

  
28.12.2014
Wah penat betul rasa badan.  Nak buat apa ntah hari ini.  Hari ini memusing ke pasar Ben Thenh.  Sebenarnya tak ada plan nak bershopping pun datang sini.  Persepsi saya melancong bermaksud kita pergi ke sesuatu negara untuk mengenal budaya, pemakanan adat dan budaya plus melihat unik bahan kesenian atau sejarah sesebuah negara tersebut.  Journey to gain knowledge not to reduce our pocket money but it does not mean we gad to limit our spending.  Letakkan keperluan sebagai tujuan utama diikuti dengan kehendak.  Walaubagaimanapun bawalah wang perbelanjaan yang secukupnya atau lebih sikit.  Supaya tidak terasa ralat atau menyesal dikemudiaan hari.

Selepas bersarapan. Kami balik ke bilik penginapan berehat dan merehatkan perut sebelum memulakan ekspedisi memancing barangan di pasar berdekatan.  Anak anak muka dah macam cencurut dah.  Ibu ayah nie asyik menyopping je.  Siap kena warning dengan anak bujang, "ibu jalan janganlah sibuk sibuk menunjuk itu ini".  Nak terburai gelak dibuatnya, manakan tidak asal saya angkat tangan pegang barang je mesti kena tarik masuk stall peniaga.  Cik abang senyum memanjang. Apa tak senyumnya asyik duk kena pujuk rayu dengan peniaga.

Ingat nak membeli barangan anak. Tapi depa pun tak ada idea nak beli apa.  Dalam hati "camnielah yang ibu suka.....jimat duit ibu".  Masa cepat berjalan.  Duduk pusing kat sana sahaja dah menginjak petang.  Bawa anak makan dan balik hotel penginapan.  Menginjak pukul 6 petang saya keluar berseorangan merayau disekitar oekan kecil ini.  Dari satu kedai je satu kedai saya masuk meninjau dan membandingkan harga barangan.  Ini yang saya inginkan. Agar saya tahu nilai barangan dan membeli dengan nilai yang sepatutnya.  Kalau tak nanti bila terasa tertipu ralatnya berbulan bulan baru hilang.


 29.12.2014
Ingat nak ajak bebudak pergi muzium.  Kerana di sini ada banyak muzium tapi anak tak berminat. Cuba pujuk cik hubby diapun sama je dengan anak.  Anak perempuan teringin nak gi puppet muzium tapi tak dapat sokongan majoriti.  Berjalan ajekah seperti semalam.  Balik hotel tengahari sebab cik hubby nak berjumpa rakan. Petang bawa bebudak berjalan shopping for the last. Balik hotel cik hubby ajak gi port kedai barangan sport.  Balik malamnya baru bawa anak srkali lagi keluar untuk makan.

30.12.2014
Hari balik.....yihaaaa......jam 4pagi lagi cik hubby dah kejutkan untuk bersiap.  Jam 6 pagi kami dah berada di airport. Check in 8.25 pagi.  Dari 3 beg yang di bawa. Beranak pinak menjadi 8 beg.  Sampai di airport mata melilau mencari kaunter imegresen untuk scan barangan.  Tapi tak jumpa bila tanya rupanya proses di sini bermula terus dgn kaunter check in dan barangan ke bahagian bagasi. Gitu rupanya, walaupun camtu timbangan masih jauh dari limit yang ditetapkan.  Duk bayang dalam hati ..... nak kena nyopping lagi ke? Kena ke kena ke?. Terasa nyesal pula tak nyambar set pinggan atau bunga kaca kat sana.  Hu...hu....ruginya....lama juga nak tunggu proses di kaunter ni. 
Selesai di sana kaunter seterusnya adalah kaunter imegresen.  Pesan rakan sorokkan duit sebab di sini kastamnya suka pau duit.  Pesan teman lagi duit di dompet biar letak sikit sahaja sebab bila dia tengok bagasi kita banyak, dia akan suruh kita buka dompet dan dari situ dia akan ambil duit.  Jadi kesemua beg kita org masukkan ke bahagian bagasi.  Selesai di sana, ke kaunter pengesahan pula dan kemudiannya perlu berjalan sedikit untuk ke bahagian pelepasan.   

Bestnya di sini, ianya terlalu hampir dengan kapal terbang.  Hanya dipisahkan dengan dinding kaca so kita boleh tengok kapal terbang mendarat dan berlepas dengan begitu jelas sekali.  Terbayang cam di stesen bas pula.  Pengumuman dibuat, flight delay pulak dalam 30 minit.  Tetiba dalam kemengantukkan teramat nampak satu flight air asia mendarat dan betul betul masuk ke lot flight berdepan zon menunggu kami.  Dahlah orang duk ngantuk dan ngantuk nie......tetiba aje mata jadi segar bugar.  Selesai sahaja penumpang keluar dari pesawat kami diminta masuk ke dalam pesawat berkenaan.  Berita berkaitan pesawat QZ8501 Air Asia yang terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Indonesia ke Singapura menjadikan saya agak gusar risau bimbang takut dan wording yang sama waktu dengannya.  Tak salah saya berperasaan sedemikian sebab saya cuma manusia dan adalah biasa dan normal untuk berperasaan sedemikian.  Safety arrive safety departure..... ya Allah padamu kami berserah, mengharap dan memohon pertolongan dari segala kemungkinan dan musibah.  Kami serahkan diri kami dalam rahmat, kasih sayang dan perlindunganMu ya Allah.  Tapi andai telah tertulis di loh mahfus, inilah pengakhiran kami; kami redha ya Allah.  Kami redha dengan ketentuanMu. 
 

Saya sejak mendapat berita berkaitan pesawat Air Asia, mula sibuk mencari maklumat berkaitan dan melihat ranalan kaji cuaca.  Menurut sumber yang saya baca cuaca buruk diramal berlarutan sehingga 2hb. Nanti.  Gurp! Tawakal...tawakal.... sepanjang perjalanan tak berhenti membaca surah dan zikir.  Andai sesuatu yang tak dijangka menimpa saya mengharapkan biarkah pengakhiran kami dalam keadaan yang mudah dan sempurna.  Tapi anak saya memang belum dapat untuk memahami.  Sibuk melawak buar telah dipesan beberapa kali agar jangan berhenti berdoa.  Tetiba mereka menjadi senyap dan pucat bila pengumuman berkaitan keadaan cuaca buruk dibuat.  Kami semua diminta berada ditempat duduk.  Dalam 20 minit gegaran dan ketidak selesaan terpaksa dirempuhi bila pesawat semakin menghampiri bumi malaysia.  Saya dapat nerasakan pesawat beberapa kali dihala ke kanan dan ke kiri beberapa kali.  Anak disebekah yang tadinya bertukar diam tetiba boleh tertidur dan siap mengeruh lagi..... adeh... 

Akhirnya alhamdulilah syukur pada Mu ya Allah kami selamat.  Setelah selesai mengambil bagasi kami menunggu adik saya untuk datang menjemput.  Dia kata dah sampai... sampai sangatlah....kami menunggu di bahagian ketibaan sementara dia pula di bahagian perlepasan.  Sangat.....nak suruh kami gi berholiday lagi kan. Apapun alhamdulilah.  Kami selamat pergi dan balik akhirnya.  Amin.....