Kisah malang wanita, isteri dan seorang ibu yang bersuamikan seorang lelaki yang curang. Ditinggalkan diusia yang muda bersama seorang anak kecil. Graham seorang pemuda yang banyak mendalami Islam ketika bekerja di Indonesia. Perkenalan mereka tanpa disengajakan, ditambah bila tinggal berjiran. Keserasian si anak bersama Graham mengeratkan lagi hubungan mereka. Namun sang suami yang curang cuba merapatkan kembali hubungan.
Wadi Ilmu: Pena-Minda-Bicara
Monday, January 13, 2025
Thursday, January 21, 2016
Limau kasturi
Nama Botani : Citrus microcarpa
Famili : Rutaceae
http://adrydaud.blogspot.my/2011/06/limau-nipis.html (perolehan info)
Famili : Rutaceae
http://adrydaud.blogspot.my/2011/06/limau-nipis.html (perolehan info)
Pengenalan
Pokok
limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang berasal dari asia
tenggara. Pokok ini dikategorikan sebagai pokok renek kerana ketinggian
hanya mencapai 5 meter. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan
keratan batang (kaedah tut). Bunganya dari jenis hemafrodite. Pokok
limau kasturi memerlukan pancaran matahari yang secukupnya untuk
menggalakkan pembungaan dan menghasilkan buah yang lebat. Pemangkasan
dahan atau ranting diperlukan bagi memastikan pokok mampu mengeluarkan
buah secara optimum. Buahnya bersaiz kecil dengan ukuran diameter
sekitar 8 hingga 9cm.
Kegunaan
Jus limau
kasturi (setengah biji) yang dicampur bersama madu asli (satu sudu
kecil) dan diminum dipercayai boleh mengurangkan asma. Untuk mengatasi
masalah bau badan, amalkan memakan kulit limau kasturi secara mentah.
Jusnya yang dicampur dengan madu juga boleh digunakan untuk merawat
sakit tekak akibat lendir atau kahak. Limau kasturi boleh mencantikan
rambut dan kulit muka. Guna perahan air limau kasturi dan lumurkan pada
muka, rambut atau kulit kepala. Sebelum menggunakan kaedah ini, pastikan
tiada sebarang luka pada tempat berkenaan. Limau kasturi juga dikatakan
dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau
kasturi dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan selama beberapa minit
dan dicuci.
Wednesday, March 18, 2015
Monday, January 5, 2015
Pekan Rabu, KEdah
Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!".
Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, bahulu, cucur bederam (dimasak atau disediakan di premis yang menjualnya) memang terbaik. Kalau musim dekat raya,meriahnya Pekan Rabu ini, sangat mengujakan. Tapi satu nasihat dari saya, jangan bawa anak-anak kecil masa tersebut. Nanti akan menghilangkan mood nak bershopping atau mood nak memborong anda. Ikan pekasam yang terdapat di sini sememangnya adalah hasil tangan yang diperturunkan dari nenek-moyang peniaga. Dari satu generasi ke satu generasi rasa ikan pekasam ini tidak akan berubah. Begitu juga dengan baju Melayu, selalunya saya akan borong berpasang-pasang untuk suami, bapa, bapa mertua dan anak. Walaupun bukan saya yang memakainya, saya sukakan jahitannya yang kemas dan halus. Kualiti kainnya pun tak boleh dipertikaikan.
Kalau
ke Pekan Rabu, duit saya akan mengalir laju, kerana barangan di sini
selalunya akan saya borong dalam kuantiti yang banyak unutk dijadikan
sebagai buah-tangan pada sahabat taulan. Rasa yang enak perlu dikongsi
bersama, rezeki yang ada patut juga dikongsi. rasanya tak lama lagi saya
akan dinobatkan sebagai ikon Pekan Rabu (jangan dinobatkan sebagai
Maskot Pekan Rabu sudahlah....). Setiap tahun, bila menjelangnya ramadan
dan hampir tibanya raya, memang hati saya dipanggil-panggil unutk ke
sana. Rasanya macam tak lengkap puasa dan raya jika tak singgah ke sana.
Moga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, saya dapat lagi ke Pekan
Rabu. Anda pembaca, tunggu apa lagi, jomlah serbu Pekan Rabu.
Khoasan-Silom, Bangkok, Thailand
Hari pertama -20hb. 6.2013 (Khamis):
Bangkok
aku datang. Cam best je tengah banyak koje kat opis, saya dan suami
serta 2 orang lagi sahabat boleh gi Bangkok, Thailand pula. Naik flight
AirAsia di Penang Airport jam 5.00pm (lebih kurang). Setelah
,mengalami 4 kali kecut perut (kapal terbamg bergegar, langgar awan)
akhirmya kami sampai 2 jam kemudian. Ambil cab di Airport, Bangkok(tak
suggest chargenya mahal. 2 kali ganda dari rega cab yang duk bersadai
banyak di luar airport). Destinasi kami seterusnya adalah Khoasan,
Thailand. Kenalah charge teksi tu rm80.00 bahagi dengan 4 orang.
Sampai
je di Khoasan, kami terus meredah dati satu tempat ke satu tempat
(sebenarnya 2 tempat je....saja nak bagi nampak adventure) harga bilik
tumpangan. Akhirnya kami menginap di Star Dome. Oklah harga bilik suite
yang saya ambil cuma RM68.00 semalam. Kat Malaysia tak dapat harga
nie, ingat tu. Bilik berkeluasan sederhana, tapi ralat sebab lampunya
malap. Lepas mandi kami terus merayap cari makan, cari pasal dan cari
travel untuk ke Floating market keesokkan harinya. Makanannya (pergh!
Susah tul nak cari makanan halal kat sini) mahal sebab tak banyak
saingan untuk makanan halal. Akhirnya kami makan di Kedai Sarah
Restaurant, terletak di lorong kecil, bersebelahan dengan restaurant
Israel. Disebabkan, cam nak patah lutut berjalan makanan yang bagi
saya biasa-biasa je rasanya dimakan cam sedap sangat.
![]() |
Pemandangan Bangkok, Thailand dari ruang udara |
Selepas
makan, kami berjalan meninjau kehidupan dan suasana malam di Khoasan.
Banyak jualan dari baju ke perhiasan yang ada tapi satu mendapun saya
tak sempat sambar sebab 3 hulubalang berjalan sangat laju. Saya pula
yang terpaksa ikut dia orang. Bila jumpa kedai yang dia orang berkenan
je baru dia orang berhenti. Hati memberontak, tapi tak berapa ralat
sebab banyak lagi tempat murah kat sini.
Sebelum balik hotel belanja saya hari nie cuma:
Hotel = 680.00 Bath (bersamaanRM68.00)
Jumlah = 726 bath bersamaan dengan RM72.60 (termasuk perbelanjaan peribadi)
Hari kedua - 21hb.6.2013 (Jumaat):
Tak
boleh nak tidur malam sebab asyik terjaga (takut kena tinggal). Pagi
kul 7.00 kami dah berkumpul di lobi tunggu van bawa ke Floating market.
Sepanjang 2 jam perjalanan, saya bantai tidur sebab pemandangan
sepanjang perjalanan tak menarik dan dalam van penuh dengan mat salleh.
Perseption saya mat salleh nie sangat peramah so kalau tak berapa rajin
nak nyembang baik dari awal jangan mulakan perbualan.
Yuhaa!
Dah macam budak kecil bila nampak selonggok coklat. Nak tergelaknya,
suami turun je van terus nak naik bot. Nasib baik ditegur, kalau tak
terpaksalah suami terus jadi penduduk pribumi kat sini. Kami dibawa
menyusuri sungai melihat kehidupan harian penduduk setempat. Sepanjang
perjalanan, di kiri kanan sungai dipenuhi dengan susunan rumah. Time
shopping.... akhirnya bot berhenti di Floating market. Kami pergi makan
dulu, kemudian baru berjalan. Part paling best ialah ngambil gambar.
Shopping tak sangat sebab dari risikan saya di gerai makan tadi (choih!
Cam detektif lah pulak) ada lagi tempat shopping yang lagi best. Batu
Enam nama tempat tu dan dibuka 24 jam di kawasan Silom.
Last
minute saya minta berpecah dari hulubalang, huh!kalau dengan dia orang
mana sempat nak belek barang. Perempuan nie kan suka membelek barangan
kat kedai. Di sini saya membeli t-shirt utk kenang-kenangan, frame
gambar.
So di floating boat saya belanja:
Rabak 950.00 bath. Untuk souvenier
Makan = Tak hinggat sorry
Jumlah = 950 bath bersamaan RM95.00
Balik
dari Floating market, jejak mencari makanan halal bermula. Makan
tengahari berdekatan masjid di Khoasan. Gerai di lorong menuju ke
masjid sangat sempit, kelam dan tidak begitu bersih sebenarnya. Tapi
tiada pilihan. Saya cuma membeli 4 keping samosa untuk makan tengahari.
Sebabnya risau perut tak memerut lagi dari pagi, tandas pula agak
susah untuk dicari di sini. Eh! Sebelum tu gi solat dulu. Masa tengah
makan ada mamat offer nak bawakan kami berjalan sebab dia ada tut-tut
dan van. Bila cuba nak discuss harga dia terus blah. Hem! Nie akal nak
kerat leherlah nie.
Seterusnya kami mengambil teksi untuk ke Silom. Lepas check in, kami keluar mencari barangan yang dipesan oleh member.
Lepas
letak beg dan mandi ala kadar, kami terus keluar. Nasib baik ada geng
yang dah pernah datang sini so tak adalah nampak cam rusa masuk kampung
sangat. Tujuan hari nie adah misi mencari pisau ukir buah yang dipesan
oleh sahabat suami. Mula-mula kami naiki train (cam LRT kat tempat
kita), kemudian berhenti di suatu station. Menapak cam nak putus urat
kaki then baru dapat cab. Mencari tempat dituju menggunakan cab memang
amat adventerous. Sebabnya duk suspen je nak kena bayar berapa nanti.
So nasihat saya gunalah cab yang bermeter. Cab di sini bermula dengan
350 bath.Dalam pencarian tersebut di tepi jalan kami dapat tengok 2
orang perempuan bergaduh. Bapak ganas, siap seret pakai tarik rambut
je, kemudian gedebah! gedebuk! Kena tendang bertalu-talu.
Driver
teksi tak berhenti berleter sebab tak dapat cari tempat yang ingin kami
tuju. Akhirnya kami minta dia hantar kami balik ke station bts tempat
kami sampai tadi. Perancangan seterusnya adalah mencari tempat makanan
halal dan ke Batunam. Kami makan malam di restaurant kak Jah. Dan
kemudian menapak ke Batunam dengan meNAIKI KAKI!
Walah!!!
penat giler, Nampak dari jauh cam happening sesangat. Tetiba bila
sampai kat Batunam, shopping complex tu dah tutup sebenarnya. Hu! Hu!
Hik! nak menangis ke nak ketawa?? Kaki sampai nak tercabut berlari dan
berjalan mengejar masa, tetiba tempat yang dituju dah tutuplah pulak.
Yang tambah sakit ati sebab mengikut kefahaman kami dari apa yang
diceritakan oleh penduduk setempat, kononnya tempat nie buka 24 jam
sehari dan setiap 6 jam akan ada pertukaran shift untuk peniaga. Diluar
memang sepanjang jalan ada orang berniaga, kemudiannya barulah kami
sedar mungkin apa yang dimaksudkan dengan 24 jam dibuka tu adalah gerai
diluar shopping complex nie. Nielah kalau ayam cakap dekat katak......
masing2 tak faham dan kemudian buat-buat faham. Ngeng ngong tul.
Dalam perjalanan balik kami terlihat seorang lelaki terbujur di tepi kaki lima, dan melalui apa yang dicakapkan oleh orang yang duk ada kat situ, lelaki tersebut telah dipukul curi di kepalanya oleh 2 orang dengan menggunakan kayu. Bagus betul perkhidmatan ambulan di sini, tak sampai 5 minit ambulan dah sampai. Saya difahamkan disini juga ada pasukan sukarelawan penyelamat untuk mengangkut mayat yang terbujur di jalan. Tujuan utama agar mangsa diurusan dengan tertib dan beradab. Katanyalah.....
Dalam perjalanan balik kami terlihat seorang lelaki terbujur di tepi kaki lima, dan melalui apa yang dicakapkan oleh orang yang duk ada kat situ, lelaki tersebut telah dipukul curi di kepalanya oleh 2 orang dengan menggunakan kayu. Bagus betul perkhidmatan ambulan di sini, tak sampai 5 minit ambulan dah sampai. Saya difahamkan disini juga ada pasukan sukarelawan penyelamat untuk mengangkut mayat yang terbujur di jalan. Tujuan utama agar mangsa diurusan dengan tertib dan beradab. Katanyalah.....
Perbelanjaan saya untuk hari kedua:
Floating market = 950 bath (RM95.00)
BTS = 100 bath (RM10.00)
Makan = 200 bath (RM20.00)
Jumlah = 1,410 bath (RM141.00)-termasuk perbelanjaan peribadi
BTS
adalah singkatan bagi pengangkutan utama di Bangkok iaitu Bangkok Train
Station. Tapi kelakarnya dia orang tak panggilo train atau komuter dan
kawasan yang sama waktu dengannya. Train tu dipanggil boat. Kuih
Samosa yang saya beli di Khoasan memang sedap biarpun sedikit manis
(banyak manisnya sebenarnya....). Setiap barangan yang dibeli pastikan
anda menawarkan harganya hingga separuh harga dan gunakan calculator
untuk memudahkan urusan tawar menawar. Jika tawaran yang dibuat
disambut dengan bebelan, cepat-cepatlah cabut dari situ. Ha! ha! saya
selalu kena part nie.....
Di
kiri-kanan jalan atau lorong kedai untuk ke hotel kami, berbagai
tawaran sedia menanti. Kalah tawaran untuk jualan hari raya. Berani
betul mamat-mamat kat situ offer kat suami saya dengan keadaan saya yang
duk sebelah dan menjeling je suami. Suami pula tergelak-gelak, mungkin
seronok dapat tengok muka cemburut saya. Sampai hotel dekat pukul
11.00 malam, huarg! penatnya... tapi suami yang tidur dulu, siap dengkur
lagi. Sementara saya tak boleh tidur, jenuhlah terkelip-kelip mata.
Entah pukul berapa saya tidurpun saya tak sedar.
Hari
yang ditunggu dah tiba. Hari nie sebab dah terbiasa di Malaysia bangun
awal. pukul 6.00 pagi (5.00 pagi waktu Thailand) mata dah terbuntang.
Kami keluar dari hotel dalam jam 10.00 pagi. Naik BTS di Silom, atau di
station Sala Daeng. Di Silom tukar train untuk ke Thanon Pan, dengan
tujuan mencari kedai makanan halal di situ. Sampai di Thanon Pan,
berjalan dalam 10 minit kemudian naik cab untuk ke restaurant Cili
Padi. Minta cab berhenti di tepi lorong sahaja, berdepan dengan sebuah
kuil di kawasan berkenaan. Kemudian kami meredah mencari restaurant,
kawasan yang kami lalui adalah kawasan masyarakat India, kerana terdapat
banyak makanan India yang terjual di sini. Kuih India yang saya suka
pun ada kat sini tapi tak berani nak beli sebab takut dengan status
halalnya.
Yeah!
akhirnya kami jumpa juga. Nama restaurant nie agak terlindung dengan
rimbunan pokok. Makanannya sedap dan servicenya cepat. Paling best ada
WiFi, kami apa lagi masing-masing cepat-cepat buka gadget memasing.
Selepas makan kami ke BTS untuk ke tempat First Hotel. Pun menapak jauh
juga mencarinya. Sampai Di hotel berkenaan turn group kami present
paper ada lagi 20 mint. Kami mendaftar dan masuk ke bilik conference
berpandukan nama yang tertampal di pintu bilik. Lastly, kami dapat tahu
kami sebenarnya salah bilik. Tapi moderator kat situ kata present
ajelah kat manapun, kerana kebetulan time tu orang yang sepatutnya
present di bilik tersebut tak sampai lagi. Fuh! nasib baik sebab orang
tak ramai kat bilik conference nie. Lepas present, ada pulak mamat nie
Tanya banyak soalan, nasib baik ada peserta dari Malaysia dan moderator
sekat soalan dia. Chaw....
Time
keluar bilik conference Nampak ada green tea cake dan puff, ops! kena
bedal dulu (sekurang-kurangnya tak adalah perut kosong atau lapar
karang). Seterusnya kami ke MBK (Mah Boon Khrong Centre atau MBK
platinum shopping complex. Dari apa yang dibaca di blog-blog, tempat
nie katanya murah dan harga patut. Tapi tak banyakpun barang yang kami
beli sebab kat sini banyak barang berupa cenderamata, baju dan barangan
IT. Tak beli sangat sebab esok nak ke Chatuchak market. Tapi saya ada
juga nyambar baju anak, dan suami beli t-shirt. Kemudian kami menjengah
ke Siam Platinum (Shopping complex standard KLCC katanya). Tak beli
sebab tahu barang mesti mahal. Masa jalan tu kami lihat ada pameran
makanan berasaskan coklat disitu. Apalagi sesi bergambarlah jawabnya.
Dari
MBK kami naik BTS ke Sala Daeng untuk mencari makanan halal. Kami
jumpa sebuah masjid berdekatan dengan restaurant kak Jah semalam.
Uniknya pintu atau pagar nak masuk ke lorong tersebut dibuat rendah so
sesapa yang nak masuk kena tundukkan kepala. Bersih dan selesa masjid
nie. Berdepan dengan masjid ada penempatan Islam dan banyak makanan dan
kedai makan melayu. Kami makan di Kedai Hayati restaurant sebab Nampak
ramai orang kat situ. Makanannya sedap, service sangat cepat. Dan
paling best harga mampu bayar.
Perbelanjaan saya untuk hari ini:
BTS = 100 bath (RM10.00)
Makan = 200 bath (RM20.00)
Jumlah =1800 bath (RM180.00) -termasuk perbelanjaan perbagai
Hari
nie cam biasa bangun awal. Keluar hotel jam 9.00 pagi waktu tempatan.
Saya tak dapat memakai selipar yang dibeli semalam sebab tak selesa.
Kami naik BTS ke restaurant Hayati, kenudian naik lagi BTS untuk ke
Chatuchak market. Time sampai banyak gerai baru nak buka dan orang tak
berapa ramai lagi. Pasar nie cam pasar minggu kat Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor. Jual bermacam barangan yang boleh melelahkan poket anda.
Tapi besar lagi kut.
Memang
sangat murah tapi kena pandai membeli dan menawar untuk mendapatkan
barangan yang berkualiti. Saya sampai sakit kaki berjalan, sebab kasut
masuk air hujan. So kenalah beli selipar kat sini (alasan sangat).
Kami habiskan sesi bershopping disini dalam kul 4.00 petang. Kekawan
gelakkan saya sebab bawa barang berplastik-plastik. Mana ada saya
shopping sesangat sebenarnya, cuma barangan tu besar, tu yang Nampak cam
banyak. Time balik agak merimaskan sebab orang terlalu ramai.
Kami
ke BTS dan menuju ke restaurant Hayati. Makan malam tak hingat dunia,
balik ke Walk In Hotel (tak surelah nama hotel nie betul ke tak....).
Balik hotel mandi dalam pukul 8.00 malam keluar lagi. Tapi kali nie 2
member lagi dah lesap awal. Kami ke night market yang berhampiran aje.
Ingatkan tak happening tapi sama hebat cam Chatuchak market pagi tadi.
Larat tak larat jalan aje. Malam dipanaskan dengan show jalanan di
kiri-kanan lorong. Tetiba hati saya rasa sedih dan jatuh kesian, bila
tengok perempuan kat sini. Macam manalah dia orang boleh buat muka
happy dengan pekerjaan mereka tu. Muka cantik, body solid tapi disini
aje tempat mereka. Alhamdulilah, biarpun saya biasa-biasa sahaja Allah
tempatkan saya dikedudukan yang selesa. Malam membeli untuk kali yang
penghabisan.
Belanja saya hari ni:
Jumlah = 4,233 bath (RM423.30)
Hari kelima (24.6.2013-Isnin)
Keluar
hotel jam 11 pagi waktu tempatan ke BTS menuju ke Hayati restaurant.
Makan besar sebab last days. Dari sana cari cab untuk ke airport lama
Bangkok. Huh! berat giler rasa bawa beg nie...... nasib baik tak
shopping sesangat. Sampai Airport, kami cuma mencuci mata.
Belanja saya untuk hari nie:
Makan = 450 bath (RM45.00)
Naik
flight 1.55 pm waktu Malaysia dengan Air Asia. Sampai 4.20 pm di
terminal airport Penang. Sampai je dah ada kereta jabatan menanti.
Sampai rumah baru rasa sakit kaki pelbagai. Mama dan papa yang mengasuh
anak saya, balik petang tu juga sebab esok mama kena pergi hospital.
Anak tak berhenti bercerita, bila saya buka barang-barang semua,
sebenarnya untuk diri sendiri saya beli sikit sahaja, untuk anak juga
yang banyak.
Perbelanjaan saya keseluruhan:
Flight = RM500 lebih suami bayarkan
So belanja saya untuk 5 hari 4 malam di Bangkok, Thailand adalah RM880.00 bersamaan 8,800 bath.
Yahoo! lega dapat balik rumah. Esok kerja so kena tidur awal.
Teluk Intan, Perak
Sejarah Penerokaan Teluk Intan.
Bahan fakta dan kajian saya kongsikan kepada semua dari link di atas.
Lebih
sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan
diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak
(berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para
pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut
setelah ianya dikambus.
Mak
Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang
cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling,
Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal
abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan
dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan
penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling,
Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan
yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang
barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan
sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan
bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak
sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Seterusnya, setelah
Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an
mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran
ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian,
diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut
setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.
Semasa
pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun
sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya
telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian
atasnya.
Menara
Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina
pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga
berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk
Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh
arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku
banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.
Menara
ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar
dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan
menara.
Sesuai dengan
usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah
dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895
banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut,
peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong
dan menjadikannya lebih unik.
Selain
itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong
adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut
disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah
menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Keunikan Menara Condong.
Bangunan
tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap
aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya
seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat
daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki
lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu
berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan
genting.
Tangki
air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli
setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini
berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki. Apabila
diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara
Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun
pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina,
penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk
dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti
gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang
menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
Terletak
di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah
merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah
yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika
dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki
sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan
ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan
jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di
dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang
yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong
Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri
China.
Tujuan
asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air
daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku
kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran
kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai
dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini
pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan
1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan
tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut
condong dan menjadikannya lebih unik.
Lebih
sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan
diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak
(berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para
pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut
setelah ianya dikambus.
Mak
Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang
cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling,
Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar
awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan
dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan
penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling,
Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan
yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang
barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan
sebagainya.
Menyedari
hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para
pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan
Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris
mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka
telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah
dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas
penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85
kaki dari paras muka bumi.
Semasa
pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun
sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya
telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian
atasnya.
Bangunan
tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap
aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya
seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur
bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat
dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua
kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan
tepinya menggunakan genting.
Tangki
air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli
setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan
ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
Menyedari
akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun
1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk
membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan
langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya
satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teluk_IntanTeluk Intan
Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.
Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.
Teluk Mak Intan
Nama
Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai
rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar
yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang
membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan
yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa,
Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang
mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka
adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah
ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari
1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.[2][3]
Info Lain
- Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
- Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. [4]
Muka bumi
Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.Cara ke sana
Ada 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan.- Dari arah Plaza Tol Tapah, Tapah Road, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.
- Dari arah Plaza Tol Bidor dan Kuala Lumpur
- Plaza Tol Kampar dan Kuala Lumpur.
- Dari arah Hutan Melintang, Sabak Bernam dan Bagan Datoh serta Klang.
- Dari Sitiawan dan Lumut melalui Lebuh raya Kayan.
Sejarah ringkas
- 1874 John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar, Batak Rabit dan Durian Sebatang.
- 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874.
- Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang, Pasir Bedamar dan Batak Rabit. Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang, Bidor dan Tapah.
- Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
- Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
- 15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
- Namun Durian Sebatang terus kekal sebagai penghubung kepada pemunggahan hasil tempatan terutama Bidor dan Tapah.
- Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
- 1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
- 1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.
Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.
- 1938 Teluk Intan dijadikan Bandar Diraja untuk Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan itu dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918- 1938) yang ketika itu menjadi Sultan Perak.
- Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
- 1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
- 1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
- 5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan Langkap, Chui Chak, Pelawan, Batu Dua Belas.
- Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
- Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
- Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
- 23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri.
- Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.
Menara Jam Condong Teluk intan
Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.
Batu Bertenggek
Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.[5], [6]
Subscribe to:
Posts (Atom)