23hb.12.2014
Walau telah lama merancang percutian dan sepatutnya hari ini
merupakan hari perjalanan ke rumah adik di Shah Alam, bila saat akhir menerima
tugasan. Perancangan terpaksa diubah.
Bukan tak boleh nak menolak tapi kasihan nanti pada rakan setugas yang
lain. Nasib baik tugasan saat akhir ini tidak
begitu membebankan. Sekadar menyelia dan
menjadi panel bagi presentation projek akhir pelajar. Itu pun sekadar di sesi pagi. Plan hari ini selesai tugasan kami akan terus
memulakan perjalanan percutian yang dirancang.
Masuk saja kereta suami bersuara "kita terpaksa tunda
perjalaban hari ni, ayah punya pasport dah tamat tempoh. Lagipun tayar kereta
ini pancit pula hari ni". What?? It
is means that ayah baru check pasport?.
Itupun baru perasan semasa nak confirm booking flight. Yi haaaaa.....
24hb.12.2014
Moga dipermudahkan perjalanan. Amin. Perjalanan yang
dirancang semalam terpaksa ditunda hari ini disebabkan beberapa perkara penting
yang tidak dapat diselesaikan semalam.
Bergerak dari rumah Pulau Pinang jam 8.00 pagi. 8.30 perlu ke pejabat mengambil
pasport suami. Pukul 2.00 petang perlu
berada di airport KLIA untuk penerbangan ke Vietnam.
Berhenti mengisi minyak kereta. RM22.00 untuk beliaan sarapan
hari ini. Bersarapan dalam kereta sahaja
kata suami. 8.30 pagi urusan pasport baru selesai. Tengok jam dah dekat pukul
9.00 pagi baru betul selesai semua urusan dan kereta suami menghala ke
highway. Sepanjang perjalanan tak
berhenti berzikir dan membaca surah Al fatihah.
Moga perjalanan dipermudahkan. Amin......
Sepanjang perjalanan cuaca mendung, malah di Ipoh langit
masih berkabus. Biarpun ketika melintasi
Ipoh jam dah pukul 10.00-11.00 pagi.
Sehingga ke Shah Alam dan sampai ke KLIA cuaca mendung masih tidak tersisa. Pukul 12.00 sang suami membelok ke suatu
kawasan perumahan untuk berjumpa sahabat. Sibuk pula pak guard nak tahu no. rumah. Terpaksa menunggu beberapa ketika sebelum
dibenarkan masuk ke kawasan rumah sahabat.
Tak apalah, dah kerja dia saya tak marahpun.
Perjalanan terus menghala ke Shah Alam. Ah! Dah lama tak datang sini rupanya tak
sangka jalan jem time nie. Call adik,
terpaksa ubah port untuk bertemu. Sampai
sahaja di tempat yang dijanjikan adik tak ada. Rupanya sempat lagi dia gi
mengeteh. Aduh! adik sapa tah nie. Suami dah asyik memandang jam. Pecutan
terakhir ke destinasi. Gabra juga dibuatnya.
Ketika sampai untuk check in di kaunter. Beg yang dibawa tak dapat nak
dimasukkan ke bahagian bagasi. Kata
petugas kaunter. Beg semua dah dimasukkan ke pesawat. So nak tak nak kenalah mengheret beg. Paling penting dah terlambat sebenarnya
kay.... dah macam citer running man kami berlarian. Sampai di bahagian pemeriksaan luggage. Boleh 1 beg pula tercicir. Terpaksa saya dan
anak perempuan berpatah balik untuk mengambil beg tersebut. Sedang suami dan anak lelaki meneruskan
perlarian mereka. Sehinggakan kelibat
mereka hilang dan saya pula terlupa nak tanya pintu mana nak nasuk ke flight
nanti. Nasib baik ketika bertanya pada
petugas. Kami berada di pintu yang betul. Berderai ketawa suami dan sempat pula berlawak "nak sangat running man kan........"
Fuh! rasa cam nak mencekik orang aje. RM47.00 pack lunch di atas pesawat air asia.
2 set nasi ayam, 1 nasi lemak, 2 air tin fanta oren dan 1 botol ais lemon tea. Redha ajelah perut lapar dan penat punya pasal. Mungkin ada sebab kenapa harga makanan agak mahal di atas flight. Hampir 2 jam perjalanan alhamdulilah akhirnya
sampai juga kami ke Vietnam.
Ke hulu ke hilir. Ke
hulu ke hilir. RM50.00 bersamaan dgn
60000VND untuk bayaran teksi dari airport ke hotel. Sebelum terlupa RM1.00 kita bersamaan dgn.
6000VND. Bolehlah, kalau terkenapun redha sebab first time jejak tanah Saigon
Vietnam nie. Menginap di hotel yang 5
minit sahaja perjalanan ke tempat shopping.
Jap lagi saya masukkan nama hotel ni ya.
Bilik utk family. 6 hari RM1,000.00.
Mlm nie tak ada mood lagi nak menyopping beli buah saja 3 paket 50,000
VND bersamaan RM8.33. Makan srbab lapar punya pasal kena charge rm107 bersamaan
600,000 vnd.
25.12.2014
Bekfes di kedai Halal Amin RM46.00 bersamaan dgn 280VND.
Portion makanan banyak sepinggan boleh mkn 2 orang. Udang dan sotong yang segar. Sup sedapnya
lain macam. Memang sangat berbaloi. Harga
makananpun tidaklah semahal semalam.
Selepas bersarapan sesi membeli belah. Cho Ben Thanh,
sebijik macam pasar Philipine di Sabah. Beraneka barangan boleh diperolehi di
sini. 270vnd untuk 2 set pinggan hiasan
(3 biji untuk setiap set) bersamaan RM45.00
atau RM22.50 untuk setiap set.
Cantik....memang tak mampu nak pandang aje. Kemudiannya dalam tak nak beli tu hati boleh
terpikat pula dengan table runner. Tawar
menawar hingga ke kedai yang kedua baru dapat hatga yang dihajatkan RM12.00
sehelai. Saya rembat 5 helai so kiralah
sendiri jumlahnya dlm 370VND.
Sini kena cekalkan hati sebabnya kalau tak tahan memang
boleh lebur duit dekat sini saja. Dua
pasang seluar anak rm40 bersamaan 250VND.
Harga di tempat kita untuk kualiti kain seluar yang sama adalah RM70.00
itupun selepas diskaun kay. Terasa
nyesal pula tak rembat lebih sebab nak mendapatkan saiz, kualiti dan harga
murah untuk jenis kain camtu memang payah dah.
Jalan punya jalan nampak pula cover kotak tisu bersulam. Selepas sesi
menawar dapatlah sehelai RM5.00. Saya beli sepuluh helai so 300VND kesemuanya.
Magnetic freeze dan penanda buku RM40.00. Tengaharinya kawan
suami membawa kami untuk menjamu selera di Dnyonya. Masakan melayu, memang sedap. Cam lagi sedap dari yang ada kat tempat
kita. Kemudiannya kami dibawa berjalan
melihat tempat menarik di sini. Pergh! Boleh tanggal kaki dibuatnya. Tapi dah kata nak berjalankan.... ha apa lagi
jalanlah. Minum petang kami RM20.00 merasa
keenakan kopi Vietnam yang dikatakan antara terbaik di sini. Balik berehat dan
kemudian malam berjalan lagi.
Kalau berada di sini, satu peringatan jangan memudahkan diri
anda untuk terpedaya. Contohnya, membiarkan
kasut anda digilap atau membiarkan bahu anda diurut. Kerana nanti mereka yang dari awalnya tidak
meletakkan sebarang harga untuk perkhidmatan tersebut. Diakhirnya akan menyebut suatu harga untuk
perkhidmatan yang mereka berikan. Bila tak bagi muka tak puas hati akan dipamerkan. Yang akhirnya akan membuatkan kita tak sampai hati dan mula memberi.
26.12.2014
Pukul 6 pagi dah bangun sebab hari ini kami akan ke sungai
Mekong. Bekfes di coffee house hotel je
dgn rasa agak was-was. Nak selamat makan
ajelah roti bakar dan buah. Ok bas untuk
ke sg. Mekong dah sampai....jom layan pengalaman di sana pula. Walawie.....tadi naik bas tour 7.30 pagi
sampai 9.20 pagi inipun rupanya bas pusing tempat yang sama untuk mengambil
pelancong dari hotel hotel yang lain.
Hu...hu.... selagi tak penuh bas nie gamaknya memusing-musing sajalah
kita ya. Sebelum terlupa, kebanyakkan
kedai kain baju disini ada menawarkan mengambil tempahan menjahit baju yang
boleh disiapkan dalam beberapa jam sahaja dan paling lewatpun sehari boleh siap
dengan harga upah serendah RM35.00 sahaja.
Harga Malaysia juga, so tak adalah saya teruja sangat. La...la...la jimat fulus. Perjalanan dari Ben Thanh mengambil masa 2
jam. Sepanjang perjalanan tour guide
bercerita tentang Vietnam dan aktiviti yang akan kami lakukan hari ini. Rasanya lebih baik kakau diberi salinan
tentatif aktiviti sambil dia bercerita.
Apapun satu fakta yg saya ingat penduduk Vietnam ada 9 million dan 6
milliln motosikal digunapakai untuk urusan seharian mereka.
Lawatan pertama kami ke tempat penternakan madu. Di sini kami diberi peluang merasa teh
madu. Seterusnya kami dibawa menaiki sampan
dayung menyusuri sungai Mekong.
Sepanjang jalan ke tempat sampan di kiri kanan dipenuhi penjaja yang
menjual hasil kraftangan. Tak singgah
tapi suami suruh cepat. Katanya nanti
akan singgah balik ke tempat yang pertama tadi.
I don't think so. Destinasi seterusnya
ke tempat pembuatan candy kelapa. Seterusnya kami ke tempat menjamu
selera. Diberi pilihan sama ada nak
pilih pork atau tofu. Kami menolak kedua
duanya sekali. Nasib baik sebelum keluar dari bilik penginapan saya masukkan beberapa paket biskut ke dalam beg. So itu dijadikan pengalas perut kami. Selepas ini akan ke
tempat buahan pula. Secara dasarnya
bolehlah dikatakan semua tempat lawatan ini merupakan tempat Iks seperti
ditempat kita. Tak teruja sangatpun sebab
kat Malaysia pun ada semua nie.
27.12.2014
Hari nie plan kami untuk ke tempat sejarah perang. Entah apa kenama ntah, tempat di mana ada
kesan tinggalan sejarah yang fofular.
Terowong bawah tanah, saya tak terasa nak masuk ke dalam terowong ini sebab
badan semalam lesunya masih tak hilang.
Semalam disebabkan cik hubby masuk bilik je terus tertidur then hajat
nak merayau memalam dihalang hulubalang.
Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk survey tempat nenarik di
intetnet sambil merujuk 2 map di tangan.
Ok dah tahu tempat untuk ngabiskan fulus. Orang kata datang sini bawa 1k tak cukup tapi
saya sampai hari keempat ini masih tak luak fulus. Mengalir laju fulus dekat makanan je. Tak teruja sangat kain baju. Sebab tu bila mulut mula menawar memang saya
letak harga yang relevan. Bagi tak bagi
saya tak kisah. Tapi selalunya harga
yang diminta tu dapatlah pula. Nak cari
beg. Kasut dan gadget. Tapi kata member jangan beli gadget kat sini. Takut terbeli yang tak ori. Hem.... jasad di sini jiwa dibumi kelahiran.
Apakah nasib org di sana tak habis di uji.
Hati dup dap dup dap.... risau tak bertempat. Takut suasana di tunnel war tak sesuai dengan
saya yang tak sesuai dengan aktiviti lasak ini.
Tapi alhamdulilah. Rugi sangat sebenarnya kalau tak melawat tempat
sebegini. 2 jam dibawa meredah ke tempat
bekas perang ini. Tiada satu tempatpun yang
boleh membuatkan kita terasa bosan. Sekarang
berada dalan bas untuk balik ke hotel.
28.12.2014
Wah penat betul rasa badan.
Nak buat apa ntah hari ini. Hari
ini memusing ke pasar Ben Thenh. Sebenarnya
tak ada plan nak bershopping pun datang sini.
Persepsi saya melancong bermaksud kita pergi ke sesuatu negara untuk mengenal
budaya, pemakanan adat dan budaya plus melihat unik bahan kesenian atau sejarah
sesebuah negara tersebut. Journey to gain
knowledge not to reduce our pocket money but it does not mean we gad to limit
our spending. Letakkan keperluan sebagai
tujuan utama diikuti dengan kehendak. Walaubagaimanapun
bawalah wang perbelanjaan yang secukupnya atau lebih sikit. Supaya tidak terasa ralat atau menyesal
dikemudiaan hari.
Selepas bersarapan. Kami balik ke bilik penginapan berehat
dan merehatkan perut sebelum memulakan ekspedisi memancing barangan di pasar
berdekatan. Anak anak muka dah macam
cencurut dah. Ibu ayah nie asyik menyopping
je. Siap kena warning dengan anak bujang,
"ibu jalan janganlah sibuk sibuk menunjuk itu ini". Nak terburai gelak dibuatnya, manakan tidak
asal saya angkat tangan pegang barang je mesti kena tarik masuk stall peniaga. Cik abang senyum memanjang. Apa tak senyumnya
asyik duk kena pujuk rayu dengan peniaga.
Ingat nak membeli barangan anak. Tapi depa pun tak ada idea
nak beli apa. Dalam hati "camnielah
yang ibu suka.....jimat duit ibu".
Masa cepat berjalan. Duduk pusing
kat sana sahaja dah menginjak petang.
Bawa anak makan dan balik hotel penginapan. Menginjak pukul 6 petang saya keluar
berseorangan merayau disekitar oekan kecil ini.
Dari satu kedai je satu kedai saya masuk meninjau dan membandingkan
harga barangan. Ini yang saya inginkan.
Agar saya tahu nilai barangan dan membeli dengan nilai yang sepatutnya. Kalau tak nanti bila terasa tertipu ralatnya
berbulan bulan baru hilang.
29.12.2014
Ingat nak ajak bebudak pergi muzium. Kerana di sini ada banyak muzium tapi anak
tak berminat. Cuba pujuk cik hubby diapun sama je dengan anak. Anak perempuan teringin nak gi puppet muzium
tapi tak dapat sokongan majoriti.
Berjalan ajekah seperti semalam.
Balik hotel tengahari sebab cik hubby nak berjumpa rakan. Petang bawa
bebudak berjalan shopping for the last. Balik hotel cik hubby ajak gi port
kedai barangan sport. Balik malamnya
baru bawa anak srkali lagi keluar untuk makan.
30.12.2014
Hari balik.....yihaaaa......jam 4pagi lagi cik hubby dah
kejutkan untuk bersiap. Jam 6 pagi kami
dah berada di airport. Check in 8.25 pagi.
Dari 3 beg yang di bawa. Beranak pinak menjadi 8 beg. Sampai di airport mata melilau mencari
kaunter imegresen untuk scan barangan.
Tapi tak jumpa bila tanya rupanya proses di sini bermula terus dgn
kaunter check in dan barangan ke bahagian bagasi. Gitu rupanya, walaupun camtu
timbangan masih jauh dari limit yang ditetapkan. Duk bayang dalam hati ..... nak kena nyopping
lagi ke? Kena ke kena ke?. Terasa nyesal pula tak nyambar set pinggan atau
bunga kaca kat sana. Hu...hu....ruginya....lama
juga nak tunggu proses di kaunter ni.
Selesai di sana kaunter seterusnya adalah kaunter imegresen. Pesan rakan sorokkan duit sebab di sini
kastamnya suka pau duit. Pesan teman
lagi duit di dompet biar letak sikit sahaja sebab bila dia tengok bagasi kita
banyak, dia akan suruh kita buka dompet dan dari situ dia akan ambil duit. Jadi kesemua beg kita org masukkan ke
bahagian bagasi. Selesai di sana, ke
kaunter pengesahan pula dan kemudiannya perlu berjalan sedikit untuk ke
bahagian pelepasan.
Bestnya di sini,
ianya terlalu hampir dengan kapal terbang.
Hanya dipisahkan dengan dinding kaca so kita boleh tengok kapal terbang
mendarat dan berlepas dengan begitu jelas sekali. Terbayang cam di stesen bas pula. Pengumuman dibuat, flight delay pulak dalam
30 minit. Tetiba dalam kemengantukkan
teramat nampak satu flight air asia mendarat dan betul betul masuk ke lot
flight berdepan zon menunggu kami. Dahlah orang duk ngantuk dan ngantuk nie......tetiba
aje mata jadi segar bugar. Selesai sahaja
penumpang keluar dari pesawat kami diminta masuk ke dalam pesawat
berkenaan. Berita berkaitan pesawat QZ8501 Air Asia yang terputus
hubungan ketika dalam perjalanan dari Indonesia ke Singapura menjadikan saya
agak gusar risau bimbang takut dan wording yang sama waktu dengannya. Tak salah saya berperasaan sedemikian sebab
saya cuma manusia dan adalah biasa dan normal untuk berperasaan
sedemikian. Safety arrive safety departure.....
ya Allah padamu kami berserah, mengharap dan memohon pertolongan dari segala kemungkinan
dan musibah. Kami serahkan diri kami
dalam rahmat, kasih sayang dan perlindunganMu ya Allah. Tapi andai telah tertulis di loh mahfus,
inilah pengakhiran kami; kami redha ya Allah.
Kami redha dengan ketentuanMu.
Saya sejak mendapat berita berkaitan pesawat Air Asia, mula
sibuk mencari maklumat berkaitan dan melihat ranalan kaji cuaca. Menurut sumber yang saya baca cuaca buruk
diramal berlarutan sehingga 2hb. Nanti.
Gurp! Tawakal...tawakal.... sepanjang perjalanan tak berhenti membaca
surah dan zikir. Andai sesuatu yang tak
dijangka menimpa saya mengharapkan biarkah pengakhiran kami dalam keadaan yang
mudah dan sempurna. Tapi anak saya memang
belum dapat untuk memahami. Sibuk melawak
buar telah dipesan beberapa kali agar jangan berhenti berdoa. Tetiba mereka menjadi senyap dan pucat bila pengumuman
berkaitan keadaan cuaca buruk dibuat.
Kami semua diminta berada ditempat duduk. Dalam 20 minit gegaran dan ketidak selesaan terpaksa
dirempuhi bila pesawat semakin menghampiri bumi malaysia. Saya dapat nerasakan pesawat beberapa kali
dihala ke kanan dan ke kiri beberapa kali.
Anak disebekah yang tadinya bertukar diam tetiba boleh tertidur dan siap
mengeruh lagi..... adeh...
Akhirnya alhamdulilah syukur pada Mu ya Allah kami selamat. Setelah selesai mengambil bagasi kami
menunggu adik saya untuk datang menjemput.
Dia kata dah sampai... sampai sangatlah....kami menunggu di bahagian
ketibaan sementara dia pula di bahagian perlepasan. Sangat.....nak suruh kami gi berholiday lagi
kan. Apapun alhamdulilah. Kami selamat
pergi dan balik akhirnya. Amin.....
No comments:
Post a Comment